Mar 6, 2008

Tukar Template Baru

Panduan bagaimana menukar template baru Blogger menggunakan template yang disediakan oleh pihak ke tiga, bukan template yang disediakan oleh pihak Blogger.

Kebanyakan template Blogger yang disediakan oleh pihak ke tiga dalam format fail zip (compressed file). Setelah dimuat turun Unzip (extract) dulu fail berkenaan sebelum boleh digunakan. Dapatkan dan install aplikasi winzip versi percubaan percuma di sini Winzip 14.0.

Senarai pelbagai template percuma untuk Blogger di Rangkaian Template Percuma Untuk Blogger.

Sebelum menukar template baru pastikan semua widget-widget pautan pada laman lain, kod-kod, script-script, kod-kod gambar atau imej, skrip slideshow yang terdapat dalam sidebar blog sekarang di simpan (back-up) cara manual terlebih dahulu. Simpan semua kod-kod, skrip-skrip, pautan-pautan yang ada dalam Notepad atau dalam apa-apa text editor lain. Jangan lupa dengan Meta verification tag yang didaftar dengan enjin pencarian mesti di copy dan disimpan untuk dimasukkan dalam template baru. Begitu juga jika ada Javascript yang telah dihos dan dimasukkan kemudian dalam kod template blog mesti disimpan terlebih dahulu. Jika tidak semuanya akan hilang bila template baru digunakan.

Backup semua pos-pos yang ada dalam blog terlebih dahulu, ikut panduan Backup Blog atau
Import dan Export Pos-pos Blog

Cara menukar template:

Simpan dulu kod template yang sedia ada. Jika berlaku apa-apa kesalahan template sedia ada boleh digunakan semula. Dalam papan pemuka Blogger pilih Design | Edit HTML dan klik Download Full Template:


Dalam tetingkap save file berikutnya lihat dan catat nama fail .xml template yang akan disimpan. Nama fail ini boleh ditukar kepada nama yang lebih sesuai semasa disimpan. Tandakan butang Save file dan klik OK:


Kod template telah disimpan. Catat dan ingatkan dalam folder mana ianya disimpan.

Kemudian masih dalam papan pemuka blogger bawah Design | Edit HTML klik pilih butang Browse::-


Cari dan klik fail template baru yang telah disimpan dalam komputer sendiri dan klik Open:


Bila fail telah dibuka klik butang Upload:


Seterusnya dalam tetingkap Edit Template blogger akan menyenaraikan widget-widget yang terdapat di dalam template lama samada widget-widget ini ingin disimpan atau ingin dihapuskan. Untuk mengekalkan widget-widget yang ada dalam template baru klik butang merah KEEP WIDGETS sperti berikut.

Jika sekiranya terdapat sebarang kesalahan dan template tidak boleh dibuka oleh Blogger, catatkan apa error yang diberi dan klik CLEAR EDIT untuk kembali menggunakan template lama.


Template baru telah sempurna disediakan. Susun dan kemaskan semula semua widget-widget yang ada kerana mungkin susunan dalam template yang baru tidak sama dengan susun atur yang dibuat dalam template yang lama.


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

15 comments:

^_^freakish said... [Balas komen ini]

bukan kalau "widgets are about to be deleted"

and then cclick save tue.

nanti macam-macam hilang.

pernah buat sekali. then hilang link be my follower.

Calipso said... [Balas komen ini]

ya freakish semua widgets tu dia akan delete GONE FOREVER...

PENTING!!! BACKUP SEMUA WIDGET YANG ADA DAN TEMPLATE NYA SEKALI SEBELUM TUKAR TEMPLATE...

copy semua script, links, pictures, images yang ada simpan dalam NotePad dulu...

♥ EeiNz ♥ said... [Balas komen ini]

hi...sori nk tny
bis tu kan ...mcm url link blogger pun akan pdm gak la kan
yg tu pun kene salin satu2 gak la eh
huhuh..byk tu ..

aizuddin said... [Balas komen ini]

Ya Feinz, ada jugak kekadang satu dua widget yang dia save, tengok jenis template...

jgn lupa save dulu semua link, script2 yang ada dlm widget lama...

R.i.Y.s.E.s.L.a.D.y said... [Balas komen ini]

hari tu i ada nak tukar templete ,kat templete pastu edit HTML pas 2 pergi ke rivert to classic template..terus jadi giler..so skrg i nak kembali pada yg asal..pliz..

R.i.Y.s.E.s.L.a.D.y said... [Balas komen ini]

so kat tpt i tu dah x der 4 layout

R.i.Y.s.E.s.L.a.D.y said... [Balas komen ini]

my page elemnt sdah x der lorr

yasri said... [Balas komen ini]

takut nak apply la....

yana said... [Balas komen ini]

dulu2 selalu upload cam gini tp lepas dah byk kali tukar asyik ade yg hilang dan beralih tmpat just pakai tempalte designer je tk pun gi Add Gadget-->Add HTML-->paste code kat situ lg simple...

Calipso said... [Balas komen ini]

@yana

betul tu yana, panduan ni pun panduan lama dulu punya style tapi masih relevan pada yang pakai 3rd party punya template lama.

yang pakai template baru boleh guna template designer lebih mudah, panduan guna designer pun dah ada.

tak lama lagi blogger pun akan ubah interface yang ada sekarang ni...

Marwa Dinni said... [Balas komen ini]

mcm mana nak buat eh... bila download dan unzip, mcm2 fail kecik2 kuar.. takleh upload pown.. :(

Calipso said... [Balas komen ini]

@Marwa Dinni

ya kadang zip file tu ada banyak file lain dalam dia. Kena tengok jenis file yang dia bagi, tengok extension dia apa. File yang .xml tu yg sebenarnya template punya kod. Yang lain2 tu mungkin dia sertakan sekali gambar2 (.png .jpg), javascript (.js) atau lain2. Selalunya fail yang dia sertakan sama digunapakai dalam kod template (.xml).

tinie said... [Balas komen ini]

Salam, saya baru dlm im nie so saya ada buat blog mengunakan blogspot, masalahnya skrg saya sudah tukar template, templatenya tak center... ini blognya...http://footballsoccerskill.blogspot.com

Amanda Musa said... [Balas komen ini]

awak..camne nak masukkan button like FB untuk enrty for templat Ethereal

Hana Sakura said... [Balas komen ini]

nice blog
visit my blog here -->
http://hanasakura551.blogspot.com/

Post a Comment