Jul 9, 2010

Muatturun Video Youtube

Mengapa anda perlu muatturun video dari youtube?

Sekiranya ada di antara video youtube yang sangat anda minati, anda boleh muatturun video ini untuk disimpan dalam komputer sendiri. Kemudian nanti video ini boleh ditonton pada bila-bila masa dan boleh dikongsi dengan rakan lain. Bagaimanapun youtube tidak membenarkan pengguna memuat turun video untuk disimpan. Youtube hanya membenar kita menghantar alamat URL hyperlink video kepada rakan lain dan mengundangi mereka menyaksikan video ini dalam laman web youtube.

Jika tidak dimuatturun video youtube ini mungkin satu hari atas sebab-sebab tertentu akan dihapus oleh tuan yang memuatnaiknya ke youtube. Atau atas masalah pelanggaran hak cipta sesuatu video sudah tidak lagi boleh ditonton oleh umum. Sebelum video ini hilang segeralah anda muatnaik video berkenaan dan menyimpannya dalam komputer sendiri.

Fail video yang dimuatturun dari youtube adalah fail video dalam format FLV (flash video files). Fail dalam format FLV boleh disimpan dalam komputer sendiri tetapi memerlukan FLV Player untuk menontonnya. Ada banyak laman web dalam internet menyediakan servis muatturun FLV Player.

Cara muatturun fail video youtube.

1. Buka dan logmasuk laman web http://www.youtube.com/. Boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan katalaluan yang sama dengan yang digunakan dalam blogger. Cari video yang dikehendaki:


2. Bila video telah di buka, highlight dan salin alamat URL video dalam bahagian address bar pelayar internet yang digunakan. Highlight, klik mouse sebelah kanan dan pilih Copy, alamat URL video telah disimpan dalam memori komputer anda:


3. Langkah seterusnya buka laman web http://keepvid.com/.

3.1 Paste masukkan alamat URL video youtube dalam ruangan URL yang disediakan. Kemudian klik DOWNLOAD:


3.2 Seterusnya dalam tetingkap Download Links Keepvid
akan cuba membuka Java Appalet. Pilihan Java mestilah terlebih dahulu diactivate dalam pelayar internet yang digunakan. Jika Keepvid berjaya membuka Java Appalet, beberapa format fail akan ditunjukkan untuk dimuatturun seperti berikut:

3.3 klik pilih Download FLV High Quality 640x380:


3.4 Fail dimuatturun untuk disimpan dalam komputer sendiri(ini contoh window XP lama, window 7 ada dengan interface tersendiri):


3.5 Pilih muatturun fail dalam format 3GP untuk muatnaik fail video kedalam telefon bimbit.

4. Muatturun FLV Player:

4.1 Untuk menonton fail video dalam format FLV yang dimuatturun kita memerlukan FLV Player. Untuk muatturun FLV Player buka laman web http://download.cnet.com/FLV-Player/3000-13632_4-10467081.html, dan klik Download Now:


4.2 Simpan fail flvplayer_setup.exe dalam komputer sendiri untuk diinstall:


4.3 Run fail flvplayer_setup.exe ikut window atau operating system yang digunakan dalam komputer sendiri untuk install FLV Player 2.0:

4.4 Berikutnya tetingkap FLV Player 2.0 (Build 25) Setup akan dibuka. Klik butang Next:


4.5 Dalam tetingkap License Agreement seterusnya klik I Agree:


4.6 Dalam tetingkap Choose Install Location seterusnya pilih masukkan lokasi direktori dalam mana FLV Player akan diinstall:


4.6 Dalam tetingkap Choose Components tik tandakan kotak yang diperlukan dan klik Next:


4.7 Dalam tetingkap Choose Start Menu Folder pilih nama Start Menu Folder dan klik Install:

4.8 Dalam tetingkap seterusnya Installation telah selesai, klik Finish untuk disempurnakan:


5. Setelah selesai diinstall, FLV Player 2.0 sedia untuk dibuka dan digunakan. Buka dan klik ikon untuk buka fail video yang telah dimuatturun di atas:


6. Cari dan pilih fail flv video berkenaan dan klik Open:


7. Video akan ditayangkan:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

0 comments:

Post a Comment