Jan 13, 2011

Hos JavaScript Dalam Project Hosting On Google Code

Jika sebelum ini kita menyediakan satu panduan bagaimana untuk menghoskan fail javascript di Google Site kali ini kita sediakan pula panduan bagaimana menghoskan fail javascript di Project Hosting On Google Code.

Log masuk menggunakan ID dan katalaluan yang sama dengan yang digunakan untuk Blogger di Project Hosting On Google Code.

Klik Project Hosting on Google Code.


Sebelum mencipta projek baru untuk tujuan hos fail javascript sila buat carian terlebih dahulu sekiranya terdapat fail javascript yang sama dalam simpanan Google Code. Jika tidak terdapat skrip yang sama ada disimpan klik Create a new project:


Dalam muka Create a project isi maklumat yang dikehendaki. Kesemua ruangan mesti diisi termasuk summary dan description. Taip nama projek dengan huruf kecil tanpa jarak. Bila selesai klik Create Projek:


Untuk muatnaik skrip klik Downloads dalam muka berikut:


Kemudian dalam muka berikutnya klik new download:


Dalam muka new download berikutnya isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disedaiakan. Browse dan dapatkan fail javascript berkenaan. Pilih label dan klik Submit file:


Seterusnya fail akan disenaraikan dalam senarai Google Code. Untuk mendapatkan alamat URL pautan fail javascript klik pada nama fail:


Dalam muka berikutnya Google Code akan memaparkan maklumat fail javascript. Klik dengan mouse sebelah kanan pada nama fail dan klik Copy link location. Alamat URL pautan akan disimpan dalam memori anda dan boleh di paste di mana-mana untuk mencatatnya:



Contoh alamat URL pautan :

http://translucentslideshow.googlecode.com/files/translucentslideshow.js

Sila hoskan lain-lain fail javascript yang akan digunakan dalam blog di Project Hosting On Google Code. Di masa lain jika anda log masuk semula, klik Downloads untuk melihat senarai fail javascript yang dihoskan. Klik dengan mouse sebelah kanan pada nama fail dan klik Copy link location untuk mendapatkan alamat URL pautannya.


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

0 comments:

Post a Comment