Apr 5, 2010

Pages Baru Dari Blogger (Menu Navigasi)

Blogger telah menyediakan satu fungsi Pages baru yang boleh dijadikan menu tab atau boleh dijadikan sebagai pautan navigasi dalam sidebar blog.

Had maksima Pages yang dibenarkan adalah sepuluh (10).

Log masuk kedalam Blogger melalui Blogger in Draft.

Sebelum menyediakannya, sekiranya blog menggunakan template dari pihak ketiga, tidak menggunakan template yang disediakan oleh Blogger, pastikan terdapat kod HTML berikut dalam kod template blog. Jika dalam kod template tidak terdapat kod HTML ini sila copy dan masukkan di posisi yang dinyatakan:


<div id="crosscol-wrapper" style="text-align: center;">
<b:section class="crosscol" id="crosscol" showaddelement="yes" />
</div>

Cari kod HTML <div id="content-wrapper"> dalam kod template blog anda dan masukkan kod HTML di atas di bawahnya seperti berikut:


<div id="content-wrapper">

<div id="crosscol-wrapper" style="text-align: center;">
<b:section class="crosscol" id="crosscol" showaddelement="yes" />
</div>

Sebagai contoh katalah kita akan buat satu page pertama sebagai hubung (contact) di mana pengunjung blog akan mengunjung kita melalui isian borang.

Dalam papan pemuka Blogger pilih Posting | Edit Pages dan klik Create a page:


Sediakan page untuk dihubungi oleh pengunjung. Lihat panduan Borang Contact Me Dari Kontactr. Taip masukkan tajuk page kerana tajuk ini akan jadi tajuk kepada tab atau tajuk pautan, dan klik PUBLISH PAGE:


Muka berikutnya pilih Blog tabs dan klik SAVE AND PUBLISH:


Satu tab pages telah siap. Sediakan page untuk setiap satu tab, misalnya page untuk "Pengenalan", page untuk "Produk", page untuk "Galeri Gambar", page untuk "Pautan" dan lain-lain yang diperlukan. Klik Edit Pages dan klik NEW PAGE untuk menyediakan page baru dengan proses yang sama seperti di atas.


Contoh page yang dipaparkan dalam blog:


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

1 comments:

atynadya said... [Balas komen ini]

kalau kita nak letak post2 lama dalam pages yang baru buat macam mana ?

Post a Comment