Sekiranya anda mahu blog anda TIDAK boleh di akses oleh sesiapa melalui enjin pencarian, tidak mahu dikongsi dengan sebarang pengunjung anda boleh jadikan blog anda sebagai blog private.
1. Log masuk ke dalam papan pemuka Blogger melalui Blogger in Draft.
2. Dalam papan pemuka blogger pilih Settings:
3. Pilih Permissions bawah Settings:
4. Dalam tetingkap Permissions bahagaian Blog Authors biarkan nama anda seorang yang sahaja dibenarkan sebagai Author di ruangan 1 Author can post to this blog. Ruangan ini juga membenarkan kita sebagai tuan punya blog menjemput lain-lain rakan sebagai penulis jemputan untuk menulis dalam blog kita menggunakan butang ADD AUTHOR.
4.1 Dalam Blog Readers pilih tandakan butang Only blog authors.
4.2 Sebaik sahaja butang Only blog authors di klik blogger akan membuka tetingkap berikut You're about to restrict your blog so only its 1 authors can read it. Klik butang ALLOW AUTHORS ONLY.
5. Kemudian masuk kembali semula ke dalam papan pemuka Blogger. Klik pilih Edit Profile:
6. Dalam tetingkap Edit user profile atas sekali dalam bahagian >Privacy kosongkan jangan tanda kotak Show my profile, Show my real name, Show my email address, show sites I follow.
6.1 kemudian skrol ke bawah sekali dalam tetingkap Edit user profile ini, klik butang SAVE PROFILE:
6.2 kemudian dalam ruangan Show my blogs klik Select blogs to display.
7. Dalam tetingkap Select Blogs to Display berikutnya kosongkan jangan tanda semua kotak pada nama blog yang disenaraikan dan klik SAVE SETTINGS:
Blog anda sekarang telah menjadi sebuah blog private hanya boleh diakses oleh anda seorang sahaja.
Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.
Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.
Salam hormat dari
Apr 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment