Apr 4, 2010

Hos Fail JavaScript | MP3 Di Google Sites

Google Sites menyediakan perkhidmatan membina laman web percuma. Kemudahan penting yang boleh kita gunakan di Google Sites ialah kemudahan untuk menyimpan fail-fail javascript atau fail-fail MP3 sebagai hos dengan percuma. Sukar mendapatkan hos percuma bagi kedua-dua fail ini dalam internet, kalau ada pun ruang yang diberi sangat minima.

Panduan ini tidak cuba mengajar anda bagaimana cara membina laman web di Google Sites, kita hanya akan menyediakan panduan bagaimana menyimpan fail javascript atau fail MP3 dan cara mendapatkan pautannya dari Google Sites. Untuk membina laman web anda kena berusaha sendiri kerana semua kemudahan telah sedia ada di sana.

1. Gunakan ID dan katalaluan yang sama yang digunakan untuk Blogger untuk log masuk ke dalam Google Sites.

2. Setelah log masuk sebelah kiri ada butang Create new site seperti berikut, klik butang create ini:


3. Dalam muka Create new site yang dibuka berikutnya isi maklumat yang diperlukan. Kita tidak perlukan site ini sementara waktu, yang kita perlu cuma untuk hoskan fail MP3, jadi proses ini hanya untuk mendapatkan nama site sahaja. Klik pilih salah satu template yang google sediakan di situ. Kemudian masukkan nama site kita dalam ruangan Name your site, bantailah sebarang apa nama dulu. Tak perlu pilih theme atau more option dulu. Taip code yang ditunjukkan di bawah Please type the code shown dalam ruangan yang disediakan, pastikan code yang sama tanpa silap. lepas itu klik butang Create site, jika berlaku kesilapan code yang ditaip ulang semula masukkan code:


4. Jika berjaya lepas dari proses namakan site kita, seterusnya muka Google site Home akan dibuka dengan nama site yang kita cipta ditunjukkan disitu seperti berikut:


4.1 Desebelah kanan atas butang-butang berikut ditunjukkan. Klik butang Create Page:


5. Selepas klik butang Create Page di atas muka Create a new page akan dibuka. Dalam muka muka Create a new page ini pilih template File Cabinet, taip namakan page (sebarang nama yang diterima) dan seterusnya klik butang Create page seperti berikut:


6. Seterusnya muka page yang kita cipta akan dibuka. Di sini kita akan mulai proses menghos fail MP3 atau fail Javascript. Klik butang + Add file dalam muka ini seperti berikut:


7. Lepas klik + Add file tetingkap Add file akan dibuka. Dalam tetingkap Add file ini klik Browse dalam ruangan Your computer untuk mendapatkan fail MP3 atau fail Javascript yang ada kita simpan. Browse cari fail MP3 atau fail Javascript yang kita simpan, setelah dijumpai klik OK. Setelah fail MP3 dibuka klik butang Upload untuk muat naik fail MP3 ke dalam Google Sites. Tunggu hingga fail selesai dimuatnaik:


8. Setelah fail MP3 dimuatnaik fail akan ditunjukkan dalam muka yang sama:


9. Untuk mendapatkan alamat URL pautannya klik dengan mouse sebelah kanan pada perkataan Download di sebelah bawah pada nama fail MP3 dalam muka yang sama. Kemudian pilih Copy Link Location:


10. Setelah klik Copy Link Location bermakna alamat URL pautan fail MP3 atau fail Javascript di Google Sites telah disimpan dalam memori komputer anda. Jangan copy sebarang apa yang lain sebelum alamat URL pautan ini dipaste di mana-mana.

10.1 Contoh alamat pautan URL fail MP3 yang diberi dari Google Site:

https://sites.google.com/site/sebarangsite/pagesatu/ST12-PutuskanSajaPacarMu.mp3?attredirects=0&d=1

10.2 Lihat ada lebihan kod warna biru dalam contoh alamat URL pautan fail MP3 di atas. Hapus buang lebihan kod warna biru dalam alamat URL pautan ini jika ianya akan dimasukkan dalam mana-mana audio playlist, jika tidak mungkin ada error yang dikeluarkan. Jadikan alamat URL pautan ini seperti berikut:

https://sites.google.com/site/sebarangsite/pagesatu/ST12-PutuskanSajaPacarMu.mp3

11. Ulang semula proses dari para 6 di atas untuk muat naik fail javascript atau fail MP3 yang lain dan simpan alamat URL pautannya.



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

9 comments:

yasriyasin said... [Balas komen ini]

kalau fail dr youtube bleh gak kan bro?
Sama je ke proses dia?

Admin said... [Balas komen ini]

boleh no problem, lain-lain host MP3 pun boleh juga... google sites tak ada limit

yasriyasin said... [Balas komen ini]

Dah masukkan 2 youtube n 1 sendiri pnye...ok..rasanya bleh jalan dh tuu!!!
Thanks bro!!!

aina75 said... [Balas komen ini]

da cuba tapi mgkn x jadi

aina75 said... [Balas komen ini]

sbb gambar ada bunyi atau sound lagu x da

Anonymous said... [Balas komen ini]

kenapa sy buat Menu tu ...tak jadi

Admin said... [Balas komen ini]

Awak cuba tengok dalam forum, kat dalam tu ada detail cara nak buat... klik forum kat atas blog ni... cari topik yang Aina75 buat tu...

Wan Izmawati Wan Ibrahim said... [Balas komen ini]

adoi...............nak boleh ke dapat buat tu, kan main lama lagi la bagi sy yg tak tau apa2 pasal blog ni...anyway, thanks a lot....alhamdulillah, dpat jugak buat, walaupun terkial2....

Calipso said... [Balas komen ini]

@Wan Izmawati Wan Ibrahim

ok Wan pelan-pelan ikut mesti boleh buat, mula-mula memanglah slow sikit kan?

siman dalam google sites selamat tak perlu risau apa-apa

Post a Comment