Jun 23, 2010

Jadikan Gambar Berukuran Thumbnail Online

Gambar-gambar atau imej-imej yang berukuran besar boleh dijadikan gambar berukuran thumbnail online menggunakan khidmat Quick Thumbnail.

Ukuran standard thumbnail yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

Dimensi (width x height)Descripsi
48x48very small
64x64small
96x96medium
128x128large
144x144extra large
150x112extra large
160x160super large
192x192ridiculous large

1. Buka laman web di Quick Thumbnail.

1.2 Klik Browse dalam ruangan FILE, cari dan dapatkan gambar asal dari dalam komputer sendiri.

1.3 atau jika gambar dari mana-mana laman web lain masukkan alamat URL laman web berkenaan dalam ruangan URL.

1.4 pilih ukuran 150x112 (thumbnail) dalam ruangan Resize by Standard Sizes.

1.5 Jika perlu taip masukkan pengenalan gambar dalam ruangan Watermark.

1.6. dan klik butang Resize it.


2. Kedua-dua gambar ukuran asal dan gambar ukuran thumbnail akan ditunjukkan. Klik dengan mouse sebelah kanan pada gambar thumbnail dan pilih Save Image As untuk disimpan dalam komputer sendiri:


2.1 Gambar sebenar berukuran thumbnail 150x112:


3. Atau boleh pinda sendiri kod gambar untuk di jadikan ukuran thumbnail. Contoh kod gambar berikut dalam tag <img src=" ... "> berukuran width="450" dan height="338" sebelum dipinda (jika tidak terdapat dalam kod gambar boleh taip masukkan sendiri tag width="450" dan tag height="338" ini):

<a href="http://picasaweb.google.com/lh/photo/q3yMBt9QwTIbkXb6y8qi4xi4zq-E34peRS_YGMh6hW8?feat=embedwebsite"><img src="http://lh4.ggpht.com/_AkrTrvrxAwY/TCDrIFE_kVI/AAAAAAAAAnU/3eTcsGCNW2A/s400/Apalachicola%20River.jpg" width="450" height="338" /></a>


3.1 Pinda dalam tag <img src=" ... "> jadikan width="150" dan height="112" seperti berikut:

<a href="http://picasaweb.google.com/lh/photo/q3yMBt9QwTIbkXb6y8qi4xi4zq-E34peRS_YGMh6hW8?feat=embedwebsite"><img src="http://lh4.ggpht.com/_AkrTrvrxAwY/TCDrIFE_kVI/AAAAAAAAAnU/3eTcsGCNW2A/s400/Apalachicola%20River.jpg" width="150" height="112" /></a>



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

2 comments:

qaseh johanna said... [Balas komen ini]

saya ada masalah..saya dah tak leh upload gambo...
kenapa ye..??
adakah sebab terlalu banyak gambo dlm blog ni..??
tolong jawab....

Calipso said... [Balas komen ini]

jangan log masuk dalam blogger ikut Blogger in Draft baru, memang tak boleh upload gambar.

log masuk ikut Blogger Home lama baru boleh upload:

Blogger Home.

Post a Comment