Mar 11, 2010

Gambar/Imej Animasi Dalam Blog

Panduan bagaimana masukkan gambar animasi dalam pos. Sekiranya imej animasi dimasukkan secara terus menggunakan fungsi Insert image Blogger, gambar akan menjadi statik tidak bergerak.

Photobucket

Gambar atau imej animasi berkenaan mestilah dihoskan terlebih dulu dalam Photobucket, atau dalam Yahoo Flickr atau dalam Google Picasa Web Album. Dapatkan alamat pautan dari hos berkenaan untuk dimasukkan dalam pos.

Panduan muat naik gambar dalam Photobucket.com dan pautannya boleh diikuti di sini Muat Naik Gambar Photobucket dan Pautannya.

Dalam My Home - Photobucket klik pilih album yang gambar animasi ada di dalamnya:


Letak cursor pada gambar dan klik kod HTML dalam petak HTML code untuk mendapatkan alamat URL pautan gambar animasi. Selepas klik kod HTML akan disimpan dalam memori komputer anda, jangan copy sebarang apa yang lain sebelum kod URL pautan gambar ini dipaste dalam blog:


Pastekan kod yang diberi dalam pos blog. Contoh kod HTML URL alamat pautan gambar animasi seperti berikut:

<a href="http://s143.photobucket.com/albums/r153/kupia/Kuching/?action=view&current=cheetahrunning.gif" target="_blank"><img src="http://i143.photobucket.com/albums/r153/kupia/Kuching/cheetahrunning.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

Cuma paste masukkan alamat pautan imej di atas di mana-mana posisi dalam pos. Pastikan semasa paste masuk dalam pos dibuat di bawah pilihan mode Edit HTML. Gambar boleh dilihat bawah mode Compose atau Preview:


Untuk tengah-tengahkan posisi gambar tambah kod warna biru seperti berikut:

<div style="text-align: center;"><a href="http://s143.photobucket.com/albums/r153/kupia/Kuching/?action=view&current=cheetahrunning.gif" target="_blank"><img src="http://i143.photobucket.com/albums/r153/kupia/Kuching/cheetahrunning.gif" border="0" alt="Photobucket"></a></div>

Photobucket

Untuk masukkan dalam sidebar blog pilih Layout | Page Elements:


Pilih satu Add a Gadget bahagian sidebar:


Dalam tetingkap Add a Gadget pilih HTML/JavaScript:


Paste masukkan alamat URL pautan gambar animasi dalam ruangan Content dalam tetingkap Configure HTML/JavaScript:


Photobucket
Panduan Untuk Blogger

Photobucket

Sila lihat contoh gambar animasi dalam pos blog dengan javacript burung terbang dalam blog di http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/2010/04/kuching-pun-menari-gembira.html


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

0 comments:

Post a Comment