Sep 1, 2010

Cara Untuk Bagi Pengunjung Blog Muat Turun Sebarang Fail

Panduan bagaimana cara menggunakan khidmat muat naik dan muat turun dari laman Mediafire.com, untuk memberikan pengunjung blog kita kemudahan memuat turun sebarang fail yang ingin dikongsi bersama.

Jika anda bercadang untuk berkongsi dengan orang lain sebarang ebooks, fail-fail PDF atau lain-lain dokumen pertama sekali sediakan dan simpan dulu dokumen berkenaan dalam komputer sendiri.

Bagi memudahkan panduan satu buku (eBook) bertajuk Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi akan dijadikan contoh bagaimana cara memuat naik ke dalam Mediafire dan juga cara mendapatkan alamat URL pautannya.

1. Daftar dan ahli percuma dulu di laman Mediafire.com.

1.1. Dalam muka utama Mediafire klik Signup:


1.2 Muka Create Your Account akan dibuka. Taip masukkan nama, alamat email dan kata laluan pada tempat yang diperlukan:


1.3 Seterusnya muka pilihan Plan akan dibuka. Pilih Select Plan bawah pilihan Basic Free untuk plan percuma atau pilih salah satu plan berbayar jika perlukan kemudhan yang lebih besar:


1.4 Berikutnya muka Welcom to your new My Files Page akan dibuka, klik Upload files untuk muatnaik fail atau dokumen:


1.5 Dalam muka Upload to "My Files" berikutnya pilih Click Here to Upload, komputer akan prompt anda bagi mendapatkan fail yang perlu dimuat naik kedalam Mediafire dari dalam komputer sendiri. Pilih fail berkenaan dan klik Ok:


1.6 Dalam muka berikutnya nama fail yang dimuat naik akan ditunjukkan seperti berikut. Klik Begin Uploading Files:


1.7 Berikutnya Mediafiles akan menunjukkan skrin proses sedang memuatnaik fail sedang berjalan. Setelah selesai muat naik fail klik Return to my files:


2. Selepas ini skrin My Files anda akan dibuka. Skrin yang sama ini juga yang akan dibuka bila kita log masuk kedalam Mediafire kemudian nanti. Dalam skrin ini klik butang Share untuk mendapatkan alamat URL pautan fail:


2.1 Di bawah menu Share menu File Info akan dibuka. Klik butang Copy Link bahagian URL with File Name untuk mendapatkan alamat URL pautan fail. Bila butang Copy Link ini anda klik bermakna alamat URL pautan fail ada tersimpan dalam memori komputer anda, paste di mana-mana untuk mendapatkan alamat URL ini:


2.2 Contoh alamat URL pautan fail seperti ini:

http://www.mediafire.com/file/5cqoc2amv88t82j/Sheikh%20Muhammad%20Abd%20al%20Wahhab%20Tokoh%20Yang%20Dizalimi.pdf

2.3 Alamat URL pautan ini akan ditunjukkan dalam sidebar blog anda sebagai pautan bagi pengunjung yang ingin memuat turun eBook yang telah disimpan.

3. Contoh kod supaya alamat URL pautan untuk muat turun di Mediafire boleh diklik oleh pengunjung adalah seperti berikut. Pastikan alamat URL pautan yang anda buat sendiri di Mediafire dan tajuk dokumen berkenaan (warna biru) yang dimasukkan. Contoh ini adalah bagi satu fail sahaja, jika ada lebih dari satu fail sila ulang proses di atas dan copy setiap satu alamat URL pautan, kod yang sama perlu dibuat untuk pautan kepada fail lain:

<a href="http://www.mediafire.com/file/5cqoc2amv88t82j/Sheikh%20Muhammad%20Abd%20al%20Wahhab%20Tokoh%20Yang%20Dizalimi.pdf" style="text-decoration: none; font-weight: bold;" target="_blank">Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi</a>


4. Log masuk kedalam Blogger. Dalam papan pemuka Blogger pilih Design:


4.1 Kemudian pilih bawah Design klik pilih Page Elements:


4.2 Lepas itu pilih salah satu Add a Gadget di mana alamat URL pautan akan ditunjukkan dalam sidebar:


4.3 Dalam skrin Configure Add a Gadget berikutnya pilih HTML/JavaScript:


4.4 Masukkan kod di para 3 di atas kedalam ruangan Content dan klik Save seperti berikut:


5. Dalam sidebar blog anda pautan ini akan ditunjukkan lebih kurang seperti berikut:

MUAT TURUN BUKU

Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi


5.1 Bila pengunjung yang datang klik pada nama buku di atas, pengunjung akan dibawa ke laman mediafire seperti berikut:"



5.2 Pengunjung akan klik butang Click here to start download dan seterusnya fail akan di muat turun.


Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

7 comments:

ram said... [Balas komen ini]

Salam..., satu ilmu yg berguna..terima kasih

Azwan said... [Balas komen ini]

salam sejahtera tuan, tumpang tanya tuan blog, bagaimana nak buat "anda juga meminati" berserta gambar2 tu?

sesibu said... [Balas komen ini]

wow

Admin said... [Balas komen ini]

Salam Azwan, mohon berbanyak maaf terlepas pandang pertanyaan awak ni, baru ternampak hari ni. Panduan "Anda juga meminati" tu ialah pautan dengan linkwithin, baca panduan:

http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/2010/03/linkwithin-pautan-pada-pos-lain.html.

Easy XS said... [Balas komen ini]

kalau nak buat untuk gambar cara yang sama ke?

Calipso said... [Balas komen ini]

@Easy XS

mediafire bukan untuk gambar, utk file yang besar2 je.

kalau gambar ikut panduan hos gambar di photobucket, atau hos gambar di Google Picasa web album. Dari sana orang lain downloada gambar kita...

Easy XS said... [Balas komen ini]

@Calipso

kalau nak membolehkan org lain upload gambar kt blog kita camner plak tu?

Post a Comment