Jun 26, 2008

Masukkan Gambar Dalam Pos

Panduan bagaimana masukkan gambar dalam pos blog. Pastikan gambar yang ingin digunakan telah sedia tersimpan dalam komputer sendiri.

Ada dua (2) pilihan cara muat naik gambar dalam pos blog:

  • Pilihan Mode Edit HTML.
  • Pilihan Mode Compose.

1. Pilihan Mode Edit HTML

1.1 Dalam post editor semasa membuat pos pilih mode Edit HTML. Letak cursor di mana posisi gambar akan dimasukkan dalam pos blog, kemudian klik ikon Insert Image seperti berikut:


1.2 Dalam tetingkap Upload Image yang dibuka berikutnya klik pilih butang Center dan butang Large kemudian klik butang Browse:


1.3 Selepas klik Browse cari dan dapatkan gambar berkenaan dari dalam komputer sendiri dan klik Open:


1.4 Selepas ini blogger akan membuka tetingkap Your image has been added. Klik butang DONE gambar akan dimasukkan dalam pos blog.


1.5 Klik tab Compose atau klik butang PREVIEW di bahagaian bawah post editor untuk melihat gambar yang telah dimasukkan. Contoh kod gambar yang dilihat bawah mode Edit HTML adalah seperti berikut:

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibp2Pl_bc82V-acDNsYazvOTxesBk-TVp2c0Ad6lMphVbT66HdWcH_bAlQon9X5FoxK_DpglySo19rUwBYDg4ds_lRarguJfAat8oDuJVlPB0tq4vcUIRPRc5eczXtFkQHPDS2eddm1BA/s1600/Insert+Image+3.png" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="262" width="400" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibp2Pl_bc82V-acDNsYazvOTxesBk-TVp2c0Ad6lMphVbT66HdWcH_bAlQon9X5FoxK_DpglySo19rUwBYDg4ds_lRarguJfAat8oDuJVlPB0tq4vcUIRPRc5eczXtFkQHPDS2eddm1BA/s400/Insert+Image+3.png" /></a></div>

1.6 Jika sekiranya anda pilih Choose a layout --> left dalam tetingkap Uploada Image:


1.6.1 sila ambil perhatian dalam kod gambar yang diberi, hapuskan atau delete tag clear:left; float:left; dalam kod gambar yang diberi. Tag ini banyak mengganggu untuk mengubah posisi gambar kemudian nanti:

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdH7iEt62Q_ApXesjzKDMgUeyvFjk9pbOom5lWpnnhV3tD8ZMc51LKeLpmi6PkRL2mmdgIg1S_F706o7XT8tMn7FzbCenD0rnb0rDXW3ihFfEKTnkxmAm54q9ECAyJIBueDB7TGmWvtdc/s1600/Insert+Image+4.png" imageanchor="1" style="clear:left; float:left;margin-right:1em; margin-bottom:1em"><img border="0" height="262" width="400" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdH7iEt62Q_ApXesjzKDMgUeyvFjk9pbOom5lWpnnhV3tD8ZMc51LKeLpmi6PkRL2mmdgIg1S_F706o7XT8tMn7FzbCenD0rnb0rDXW3ihFfEKTnkxmAm54q9ECAyJIBueDB7TGmWvtdc/s400/Insert+Image+4.png" /></a></div>

1.7 Hanya satu gambar yang boleh dimuat naik dalam satu masa di bawah pilihan mode Edit HTML. Ulang proses yang sama untuk muat naik gambar yang lain.

2. Pilihan Mode Compose.

2.1 Semasa membuat pos dalam post editor pilih mode Compose dan letak cursor di posisi mana gambar akan dimasukkan dalam pos. Untuk muat naik gambar klik ikon Insert Image:


2.2 Selepas klik ikon Insert Image blogger akan buka tetingkap Add Images. Dalam tetingkap ini klik pilih menu Upload dan klik Choose files untuk buka gambar dari dalam simpanan komputer sendiri:


2.3 Selepas klik Choose files cari dan dapatkan gambar berkenaan dari dalam komputer sendiri dan klik Open:


2.4 Selepas buka gambar dari dalam komputer sendiri gambar akan dimuat naik dalam tetingkap Add Images yang sama. Klik pada gambar untuk highlight dan klik butang Add selected:


2.4.1 Boleh ulang proses Choose files untuk muat naik lebih dari satu gambar dalam tetingkap Add Images ini. Kemudian klik pada gambar untuk highlight sebelum klik butang Add selected.

2.5 Gambar asal yang telah dimuat naik boleh dilihat dibawah mode Compose. Dibawah mode pilihan mode Edit HTML kod gambar adalah sama seperti contoh di para 1.5.

3. Gambar-gambar atau imej animasi (gambar yang bergerak) tidak boleh dimuat naik dengan cara yang ditunjuk dalam pos ini. Jika gambar animasi dimuat naik dengan cara ini gambar akan jadi statik tidak bergerak. Untuk muat naik gambar animasi sila ikut panduan Imej Animasi Dalam Blog.

4 Lain-lain panduan yang berkaitan dengan gambar dalam pos ialah Hos Gambar Dalam Photobucket, Hos Gambar Dalam Google Picasa, Susun Gambar Sebelah Menyebelah dan panduan Letak Gambar Di Sebelah Perenggan.

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

1 comments:

jual beli barang bekas kantor said... [Balas komen ini]

artikel nya sangat bermanfaat bagi saya terima kasih
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik

Post a Comment