Nov 16, 2010

Shopping Cart Dalam Blog

Panduan bagaimana menyediakan kemudahan Add to Cart blogger yang mengendalikan blog jualan online (shopping). Add to Cart adalah salah satu ciri kemudahan untuk pelanggan anda.

Dalam panduan ini kita akan menggunakan kemudahan Paypal Shopping Cart. Siapa yang masih belum mempunyai akaun dengan Paypal sila daftar buka akaun percuma terlebih dahulu di:

Create your Paypal account

Untuk blog jualan online sila pilih akaun jenis Premier dari tiga pilihan yang diberi. Ikut panduan seterusnya. Jika belum memiliki sebarang kad kredit tinggal kosong ruangan kad kredit:


1. Setelah akaun diluluskan log masuk ke dalam Pay Pal dan klik tab Merchant Services:


2. Dalam muka Merchant Tools berikutnya dalam ruangan PayPal Website Payments Standard pilih Paypal Shopping Cart:


3. Berikutnya muka untuk mengisi maklumat dalam Shopping Cart:


3.1 Ruangan Choose a button type pilih Shopping Cart:


3.2 Ruangan Item name taip masukkan nama barangan yang dijual dan dalam ruangan Item ID taip masukkan kod atau no pengenalan barang jika ada:


3.3 Ruangan Price masukkan harga barangan dan dalam ruangan Currency pilih matawang yang digunakan. Tidak ada Ringgit Malaysia jika membuat urusniaga melalu PayPal, sila gunakan Dolar Amerika:


3.4 Jika perlu tik tandakan kotak Drop down menu with price/option (maksudnya drop down menu jika ada sebarang pilihan dibawah barangan di para 3.2). Jika membuat pilihan ini skrin di bawah para 3.4.1 akan dibuka:


3.4.1 Dalam ruangan Name of drop-down menu taip masukkan sebarang nama untuk menu ini:

3.4.2 Dalam ruangan Menu option name taip masukkan pilihan yang terdapat di bawah barangan para 3.2. Taip masukkan harganya dalam ruangan Price dan pilih matawang dalam ruangan Currency. Ulang proses ini dibawahnya jika ada lagi pilihan:

3.4.3 Tik tandakan kotak Add drop-down menu sekiranya 3 pilihan di atas tidak mencukupi:

3.4.4 Tia tandakan kotak Add text field jika ingin menambah ruangan medan (medan maksudnya ruangan Menu option name Price Currency:

3.4.5 Lihat contoh yang ditunjukkan disebelahnya:


3.5 Ruangan Shipping taip masukkan kos harga penghantaran yang dikenakan:


3.6 Ruangan Tax taip masukkan berapa peratus cukai yang dikenakan jika ada:


3.7 Ruangan Merchant account IDs klik tandakan butang Use my primary email address alamat-email-anda@yahoo.com:


3.8 Klik pilih Step 2. Track inventory Profit & Loss (optional) untuk mengikuti perkembangan barangan yang dijual:


3.8.1 Maklumat dan pilihan yang perlu dibuat untuk pilihan Track inventory:


3.9 Pilihan Customize advance features (optional):


3.10 Setelah diisi semuanya klik butang Create Button dalam contoh di atas:

4. Selepas itu kod skrip untuk Shopping Cart akan diberi seperti di bawah. Klik Select Code dan salin skrip yang dihighlight untuk dimasukkan dalam blog:


5. Paste masukkan kod skrip yang disalin dalam pos blog di mana ikon Shopping Cart perlu dipamirkan. Jangan lupa pilih mode Edit HTML dalam pos semasa pastekan skrip.

6. Contoh Shopping Cart PayPal dengan tiga pilihan dibawah satu barang:



Pilihan:





Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

12 comments:

ajelan said... [Balas komen ini]

bestla entry nie..jmput ke entry sy lak..xmenarik mne,klik la, free je

Mrs Shoppa said... [Balas komen ini]

saya pernah try buat nih...dah complete satu blog..
but then got stuck utk check out ... time tu saya realise kena ada merchant account with Paypal...and we have to pay.

dah boleh buat check out ke ut shopping cart ni? care to share?

Admin said... [Balas komen ini]

para 3.7 tu pilih "My primary email address" instead of merchant account.

saya tak pasti merchant account kena bayar? saya rasa masih percuma. Pilih untuk home business.

Mrs Shoppa said... [Balas komen ini]

ooo..in that case...saya nak try balik la :)

Dainty Cupcake said... [Balas komen ini]

Ade je Ringgit Malaysia..its MYR

Calipso said... [Balas komen ini]

@Dainty Cupcake

ye ke? kalau ada MYR alhamdulillah... sebab dulu memang tak ada. Mungkin sekarang bilangan pengguna dari Malaysia telah berganda-ganda.

dulu-dulu orang dari malaysia langsung tak boleh buka akun Paypal, banyak orang buka dari singapore.

Elegant said... [Balas komen ini]

Salam...sya nk tanya mcm mana nk set kan shipping cost yg berbeza-beza mengikut berat produk tersebut..tq..

lynenotsocute said... [Balas komen ini]

saya isi n dia kata invalid business email address..

ahmad zikron said... [Balas komen ini]

macamana pulak kalau pembeli nak buat pembayaran melalui online banking? tolong tunjuk ajar..

irsah imihar said... [Balas komen ini]

Walaupun fungsi ini agak lama, tapi ia menjadi asas kami di +irsahindesignd untuk bangunkan shopping cart blogspot theme checkout paypal dan send order email yg responsive. Sekurangnya dapat menambah nilai template blogspot pengguna dan menggunakan kelebihan blogger sebagai produk enjin carian terbesar ketika ini. Ingin view di http://blogrcart-closet.blogspot.com maklumat tutorial n download disediakan dalam 2 version, freemium n pro.

Thanks share admin. Useful info.

irsah imihar said... [Balas komen ini]

Walaupun fungsi ini agak lama, tapi ia menjadi asas kami di +irsahindesignd untuk bangunkan shopping cart blogspot theme checkout paypal dan send order email yg responsive. Sekurangnya dapat menambah nilai template blogspot pengguna dan menggunakan kelebihan blogger sebagai produk enjin carian terbesar ketika ini. Ingin view di http://blogrcart-closet.blogspot.com maklumat tutorial n download disediakan dalam 2 version, freemium n pro.

Thanks share admin. Useful info.

Tudung Labuh Muslimah Sejati said... [Balas komen ini]

nak try buat kat blog online shop lah..tq info..

Post a Comment