Jun 10, 2008

Senaraikan Pos-pos Dalam Sidebar Cara Manual

Sekiranya blog anda telah mempunyai banyk pos-pos yang telah dibuat blogger hanya akan memaparkan semua pos-pos tersebut melalui Archive mengikut tajuk-tajuk Pos. Archive hanya memaparkan pos-pos yang telah dibuat dalam satu-satu bulan tertentu sahaja, archive tidak menyenaraikan semua pos-pos yang ada. Sukar bagi pengunjung untuk melihat semua tajuk-tajuk pos yang ada dalam blog anda.

Belum terjumpa satu hack yang boleh menyenaraikan semua pos-pos secara otomatik. Recent Post menggunakan feeder hanya akan menyenaraikan lima (5) pos terkini mengikut tajuk.

Pos kali ini menunjukkan bagaiman cara untuk menyenaraikan semua pos-pos yang ada secara manual (buat sendiri) menggunakan HTML tag.

1. Log masuk dalam papan pemuka blogger klik pilih Edit Posts:

2. Blogger akan senaraikan semua pos-pos yang ada dalam blog anda. Pilih pos-pos yang telah di Published. Klik View untuk dapatkan alamat URL pos:

3. Selepas klik View pelayar internet (browser) akan membuka pos berkenaan. Alamat URL pos boleh dilihat di sebelah atas pelayar internet dalam bahagian Address bar. Catat atau salin alamat URL pos ini menggunakan Notepad:

3.1 Ulang View di para 2 untuk mendapatkan alamat URL pos-pos yang lain. Salin setiap alamat pos yang diberi.

4. Cara senaraikan semua pos dalam sidebar blog.

4.1 Dalam papan pemuka blogger pilih Design | Page Elements:

4.2 Pilih salah satu Add a Gadget bahagian sidebar untuk senarai pos:

4.3 Dalam tetingkap Configure Add a Gadget berikutnya pilih HTML/Javascript:

4.4 Dalam tetingkap Configure HTML/JavaScript berikutnya taip masukkan kod HTML senarai pos dalam ruangan Content yang disediakan. Contoh kod HTML lihat di bawah:

4.5 Contoh kod HTML senarai pos:

Utama

Tajuk Pos Satu

Tajuk Pos Dua

Tajuk Pos Tiga

Tajuk Pos Empat

Tajuk Pos Lima

4.6 Keterangan kod untuk satu pos:

Pembuka mula.

Pembuka list - setiap satu pos bermula di sini
href="alamat_URL_pos"Alamat URL pos di para 4.1
<a style="text-decoration: none;"Supaya tajuk pos tidak digaris bawah
Taip tajuk posTaip tajuk pos berkenaan di ruangan ini
Penutup

Penutup
- Setiap satu pos berakhir di sini

Tutup
akhir di bawah sekali setelah semua pos-pos dimasukkan

4.7 Selepas masukkan semua kod HTML senarai pos, klik SAVE.

5. Contoh senarai semua pos dalam sidebar blog:

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

19 comments:

Abang Isaifuddin Abang Noran said... [Balas komen ini]

kalau ada post baru, kita kena edit semula la html (NO. 6.2)? kena tambah url baru kan?

Admin said... [Balas komen ini]

ya betul tu... setiap kali buat pos baru kena tambah dalam 6.2...

Anonymous said... [Balas komen ini]

bila save "" hilang kenapa?

Admin said... [Balas komen ini]

Uit camana boleh hilang?

cuba tulis dalam forum (klik forum kat atas blog) contoh kod yang dah dibuat untuk diperbetulkan. Ada satu topik dalam forum yang Aina tulis berkenaan senaraikan pos dalam sidebar cara manual. Dalam forum tu pun ada cara nak buat kod dia

amiemisliani said... [Balas komen ini]

saya cuba banyak kali tapi rak boleh..kenapa?

amiemisliani said... [Balas komen ini]

dari pagi tadi buat tapi tak leh...penig?sampai sekarang dah masuk jam 12 tgh malam,cam mana ?tq

yahaya said... [Balas komen ini]

nice info

Norlinda Hj Wahed Anur said... [Balas komen ini]

Salam...
Macam mana nak dapatkan kod HTML untuk Senarai Halaman Utama tu ye...Saya da baca kat bhgn forum tapi saya tak jumpa kod tu....Blurrr.....Harap dapat membantu...

ct N honey said... [Balas komen ini]

ct buat jadi.ok.terima kasih,tapi tajuknya tak sama lurus,jadi center.napa ye...

Calipso said... [Balas komen ini]

@ct N honey

tak dapat nak agak camana dia jadi center, sepatutnya tidak.

cuba pastekan kod yang dah buat tu dalam forum.

Calipso said... [Balas komen ini]

@Norlinda Hj Wahed Anur

maaf komen lama tak berjawab sebab ada kesilapan teknik sikit...

yang lain pun sama cuba pastekan kod yang dah buat tu dalam forum, nanti boleh kita sama-sama betulkan mana silap.

link forum ada atas blog ni.

Anonymous said... [Balas komen ini]

salam...tuan rumah
saya dapt buat..tapi ade sikit masalah..
biler klik senarai pos di sidebar tu...kuar
"Internet Explorer cannot display the webpage"
tak boley nak link..

nape ek?

Calipso said... [Balas komen ini]

@Anonymous

dah betul dah tu cuma alamat URL pos tu salah dia tak jumpa. Cek balik alamat URL pos tu betulkan dan tukar semula.

Puan Latifah said... [Balas komen ini]

@Calipso

yes...berjaya...mekaceh tuan rumah..
byk yg saya blajar kt awak punyer blog nih...

Anonymous said... [Balas komen ini]

macam mana pula untuk senaraikan entry di sidebar seperti

Cth: Tajuk

1-2-3-4-5
6-7...dan strusnya

Calipso said... [Balas komen ini]

@Anonymous

taip jelah no sebelum tajuk pos yang warna merah tu

intanfirdaus247 said... [Balas komen ini]

terima kasih tuan rumah.saya banyak belajar buat blog dr anda.:)

Ct Hawa Rashidi said... [Balas komen ini]

Salam..

Nak tanye mcmmaner yer kita nak letak semua post yang berkaitan utk satu tajuk tu dlm side bar..

cth kite ader 2 post pasal My Pet..
Jadi bila org klik semua post berkaitan benda tuh ia munculla..

Anonymous said... [Balas komen ini]

macam mana nak paparkan hanya satu post saja dalam satu halaman?
sesiapa boleh tolong jawab tak..

Post a Comment