Bagaimana menarik lebih ramai pelayar internet datang berkunjung ke blog anda? Untuk membuat blog anda lebih dikenali anda perlu mendaftarkan alamat URL blog anda atau jika ada alamat URL RSS feed anda (RSS feed akan dibincang dalam topik lain) dalam sebanyak mungkin blog directory. Ada ratusan laman web dalam internet yang menyediakan perkhidmatan percuma enjin pencarian blog, hos blog directory, feed aggregators atau traffic exchange, jadi jangan berlengah lagi segeralah mendaftarkan blog anda.
Blog Directory ada menyediakan borang pendaftaran dalam laman web mereka, borang yang berlainan bagi setiap blog directory, sila isikan maklumat yang diperlukan dan ikuti panduan yang diberi. Kebanyakan blog directory memerlukan anda berdaftar terlebih dahulu sebagai ahli, sebahagiannya memerlukan ID log masuk atau kata laluan yang berlainan bagi setiap blog yang anda daftarkan, saya cadangkan anda menyediakan log masuk ID yang berasingan dengan menggunakan alamat email yang sama.
Kebanyakan blog directory ini juga memerlukan anda membuat pautan dari blog anda kepada laman web directory mereka, kod HTML dalam bentuk button ada mereka sediakan, jadi anda kena copy kod HTML yang disediakan dan masukkan kedalam bahagian side bar blog anda. Sila lihat contoh button blog directory yang ada dalam side bar blog ini.
Sekiranya anda ditanya tentang RSS feed atau feed URL anda jangan lupa untuk menentukan dalam Setting blog anda supaya bahagian 'Site Feed' -> 'Allow Blog Feed' diberi pilihan 'full' jangan pilih 'None' (ini penting). Sekiranya anda tidak berdaftar dengan mana-mana RSS Feed dan dalam borang pendaftaran blog directory anda dikehendaki memasukan alamat URL feed anda, sila masukkan seperti berikut (untuk blogger blogspot baru sahaja):
http://alamatURLblogAnda.blogspot.com/feeds/posts/default
sebagai alamat URL feed anda. (Jangan silap taip dan jangan tambah www).
Laman Web Traffic Exchange
Traffic Exchange adalah juga salah satu metod untuk mempromosikan blog anda kepada lain-lain pengunjung. Namun anda tidak digalakkan menggunakan traffic exchange sekiranya anda ada mempamirkan iklan adsense dalam blog anda, anda nanti akan menerima notis amaran yang tidak seronok dibaca dari google adsense. Topik traffic exchange akan kita bindang seterusnya dalam topik yang berasingan.
Berikut adalah sebahagian dari senarai blog directory yang boleh anda daftarkan blog anda:-
- Technorati
- Blogtoplist
- Mybloggingarea
- Topblogarea
- Topblogging
- Blogroll
- Worldtopblogs
- Topbloglist
- Blogvillage
- Blogelites
- Myblogdirectory
- Blogcatalog
- Blograma
- Blogion
- Bloggeries
- Bloghop
- Bloggingfusion
- Blog-search
- Blogs-collection
- Blogoriffic
Ada ratusan yang lain lagi cuba tanya pada pakcik google. Segera daftarkan blog anda jangan bertangguh lagi...
Sila buat pautan ke blog ini dari blog anda sekiranya anda dapati tulisan ini berguna dan membantu. Alamat URL adalah http://panduanpemblog.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment