Sekiranya telah banyak menulis dalam pos-pos blog dan telah menyimpan banyak maklumat-maklumat atau tulisan-tulisan penting yang sangat berguna, sila ikut panduan bagaimana untuk menyimpan pos-pos itu sebagai backup.
Blogger adalah satu platform percuma. Bila-bila masa mereka boleh menarik balik kemudahan yang diberi. Telah banyak terjadi Blogger mengenakan tindakan suspend (gantung) pada blog-blog tertentu tanpa memberi sebarang alasan. Blog juga boleh digantung dengan aduan yang dibuat oleh pihak ketiga terutamanya tentang soal hak cipta yang diciplak umpamanya. Jika ini berlaku anda akan kehilang kesemua pos-pos yang berharga begitu sahaja.
1. Export blog.
1.1 Pilih Settings | Basic | Export Blog:
1.2 Selepas klik Export blog klik DOWNLOAD BLOG:
1.3 Samada pelayar internet akan terus menyimpan fail yang diexport dalam directory yang telah ditetapkan atau akan membuka satu dialog box. Pilih Save File dan klik Ok.
1.4 Fail adalah dalam format XML dan Blogger akan menamakan fail ini seperti blog-04-01-2010. Ingatkan di mana fail ini disimpan dalam komputer anda. Nama fail boleh dipinda kemudian seupaya sesuai dengan blog berkenaan.
1.5 Fail backup yang diexport hanya mengandungi semua pos-pos dan komen-komen bersangkutan jika ada. Segala widget atau gadget yang ada dalam sidebar blog anda tidak termasuk fail ini. Sila uruskan backup widget dalam sidebar dengan cara manual.
2. Import Blog.
2.1 Export fail yang telah disimpan di atas boleh diimport bila-bila masa kedalam mana-mana blog yang ada. Fail ini juga boleh di import kedalam blog selain dari blog yang menggunakan platform blogger. Semua pos-pos akan terus di publish.
2.2 Pilih Settings | Basic | Import Blog:
2.3 Selepas klik Import Blog, Browse cari fail yang telah disimpan di atas:
2.4 Kesemua pos-pos yang diexport akan di siarkan dalam blog yang mengimport.
Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.
Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.
Salam hormat dari
Mar 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment