Jun 26, 2008

Apa Dia URL?

URL bermakna Uniform Resource Locator. URL adalah lokasi sesuatu fail dalam jaringan Web. Contoh sesuatu URL adalah seperti

http://www.blogger.com/

atau

http://blog-anda.blogspot.com/.

Nama URL yang anda sendiri pilih akan digunakan oleh pengunjung atau anda sendiri untuk mengunjungi dan membuka blog anda.

Semasa dalam proses membina blog anda dikehendaki memilih nama URL bagi blog sekiranya blog itu perlu menggunakan host atau platform Blog*Spot. Oleh kerana telah ada terlalu banyak bilangan blog yang dihost oleh Blog*Spot, anda perlu agak kreatif dalam mencari nama URL yang sesuai dan perlu mencuba beberapa nama sebelum nama itu dibenar untuk digunakan. Aksara sengkang (-) atau dash adalah satu-satunya aksara non-aplphanumeric yang boleh digunakan dalam URL. Jarak atau space dan underscore serta beberapa aksara lain tidak dibenar untuk digunakan.


0 comments:

Post a Comment