Sila ikut panduan terbaru di Import dan Export Pos Blok Untuk Backup.
Pos kali ini menunjukkan bagaimana cara untuk backup blog anda melalui fungsi "Export blog" Blogger. Format fail backup yang digunakan adalah format fail .xml. Backup .xml fail ini kemudian nanti boleh diimport untuk dimasukkan blog yang lain.
Semua pos-pos yang ada dalam blog yang diexport sahaja yang akan disimpan dalam fail .xml yang dimaksudkan. Data-data widget/gadget dalam blog tidak diambil kira, sila backup semua data-data widget/gadget dalam blog secara manual dan berasingan.
Telah banyak kali berlaku blog-blog kita dilock oleh blogger atas alasan 'spam' dan melanggar peraturan blogger. Ini berlaku kerana kerja menyiasat kandungan blog dilakukan oleh "bot program" google menyebabkan banyak blog bukan spam telah di lock oleh bot program ini. Kita terpaksa membuat satu ruquest kepada blogger sekiranya blog kita di lock dan menunggu ianya dibuka semula. Andainya dalam masa 20 hari blog kita tidak dibuka semula anggap sahaja ianya telah dihapuskan dan tidak ada sebarang peluang untuk mendapatkannya semula. Sebelum perkara berlaku ke atas blog anda, lebih baik semua pos dalam blog dibuat backup terlebih dahulu.
Dari dalam dashboard pilih dan klik "Settings | Basic" dan klik "Export Blog".
Seterusnya dalam tetingkap "Export your blog" klik DOWNLOAD BLOG:
Seterusnya dalam tetingkap Save File nama .xml fail backup akan diberi untuk di simpan. Tandakan butang Save file dan klik OK. Nama fail .xml ini boleh dipinda untuk nama yang lebih sesuai:
Pastikan kemudahan bacup ini digunakan setiap kali pos dikemaskini.
Selamat mencuba.
Mar 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tak perlu masuk draft.blogger.com pun takpe kan..dah try, kat www.blogger.com pun boleh buat..
tu memang sengaja mintak orang guna blogger in draft punya dashboard. elok dibiasakan, tak lama lagi dia launch blogger baru ni yang sekarang punya tak pakai lagi.
lebih baik get use to it from now.
Tq yah... ^ ^
Post a Comment