Daftar blog dengan Microsoft Network (MSN) Search Engine juga sama seperti Google dan Yahoo Search Engine memerlukan kita melaksanakan Meta Name Verification dan muka induk (home page) blog kita.
Log masuk ke dalam Blogger Dashboard anda dalam satu window dan buka MSN URL Submit dalam satu window yang lain bersebelahan supaya kita boleh akses keduanya dengan mudah.
Sila daftar dulu dengan MSN URL Submit dan setelah dapat ID Log masuk di sini:
MSN URL Submit
Setelah log masuk MSN akan membuka window "Site List" seperti berikut:-
Klik butang "Add a site" dalam window di atas, MSN akan buka window "Add a site" seperti di bawah:
Taip untuk masukkan alamat URL anda "http://URL_Blog_Anda.blogspot.com/" dalam kotak "Web address" yang disediakan.
Taip untuk masukkan "URL_Blog_Anda.blogspot.com/atom.xml" dalam kotak "Sitemap address".
Taip dan masukkan alamat email anda dalam kotak "Webmaster e-mail:".
Klik butang "Submit" - MSN akan buka window "Authenticate Ownership of Website" seperti di bawah:
Highlight dan copy Script Meta Name yang diberi di dalam kotak "Meta tag authentication". Tinggalkan screen ini di sini dulu kembali kepada blogger dashboard anda.
Buka "Edit HTML" blog anda di bawah "Layout" dan paste masuk Script Meta Name di atas kedalam HTML Template anda di bawah <Head> seperti berikut:
klik "SAVE TEMPLATE" dan kembali ke window "Authenticate Ownership of Website" dalam gambar di atas dan klik butang "Return to Site List".
MSN akam kembali ke window "Site List" dan alamat URL blog anda telah sedia tersenarai di dalamnya. Anda boleh log keluar dari sini. Ini bermakna blog anda telah selamat didaftarkan di bawah MSN Search Engine, menunggu masa untuk MSN datang menghantar spider bot program untuk mengindeks blog anda dan menyenaraikannya dalam list MSN Search Engine.
Selamat mencuba.
Sekiranya anda fikir tulisan dalam pos ini boleh membantu jangan lupa membuat pautan dari blog anda di alamat http://panduanpemblog.blogspot.com/
Apr 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment