Jun 25, 2008

Menghantar Pos Blog Melalui Email

Pilihan 'Mail-to-Blogger' akan menjadikan sebarang akaun email sebagai aplikasi pos blog. Dalam Setting Email anda boleh mencipta alamat Mail-to-Blogger di mana ianya akan digunakan untuk menghantar pos melalui email kepada blog anda:



Untuk menghantar pos blog melalui email anda kena menyediakan konfigurasi terhadap alamat Email Mail-to-Blogger dalam Setting Email:



Contoh format alamat email ini ialah namapengguna.perkataanrahsia@blogger.com. Perhatian! alamat email ini mesti disimpan secara rahsia, jika diketahui oleh orang lain siapa sahaja boleh menggunakan personal anda dan menghantar sebarang pos yang boleh merosakkan.

Pastikan anda membuat pengesahan dahulu samada pos melalui email ini perlu di paparkan dalam blog secara automatik. Kalau pilihan ini tidak disahkan terlebih dahulu pos email yang anda buat akan disimpan dalam akaun blog anda tidak disiarkan sehingga anda kembali mendaftar masuk dan membuat siaran secara manual.

Setelah anda simpan semua setting di atas anda bolehlah menghantar email kepada blog anda. Tajuk email yang dihantar akan menjadi tajuk pos dalam blog dan kandungan email akan menjadi kandungan pos dalam blog. Sekirannya diperlukan anda juga boleh menyertakan sebarang gambar dalam email yang dihantar yang juga dimasukkan dalam blog anda.


Nota:

Ada sebahagian dari program email yang meminda perkataan di bahagian bawah email yang dihantar; untuk menghindari masalah ini sila tambah kod ini "#end" dibahagian akhir email yang akan dihantar.




0 comments:

Post a Comment