Jun 26, 2008

Panduan Menggunakan 'Layout'

Pilihan 'Layout' dalam Blogger adalah satu template bagi kerja-kerja mengedit mudah guna di mana anda boleh mengubahsuai kerangka template Blogger anda tanpa memerlukan pengentahuan mengenai kod HTML atau CSS. Dengan hanya menggunakan kemudahan tetikus anda boleh mengubahsuai warna, huruf tulisan, header dan sidebar blog anda. Pilih tab 'Layout' dan tab 'Page Elements' di bawahnya.



Mengubahalih 'elements' Dalam Tamplate Anda

Bagaimana mengatur 'elements' dalam template anda.

Anda boleh mengatur 'elements' dalam 'template' anda mengikut kedudukkan yang anda suka. Klik mana satu element yang hendak dipindahalih heret dengan tetikus anda dan tempatkan ia di mana tempat yang anda suka. 'Elements' ini boleh diletakkan di bahagian bawah atau atas petak pos anda atau di mana-mana bahagian dalam 'sidebar'. Dalam sesetengah 'template' anda tidak boleh mengalih 'navbar', pos dan 'header' template anda.







Mengedit 'Elements' Dalam 'Template'

Berikut adalah apa yang boleh diubah sekiranya anda klik 'edit' dalam mana-mana 'element':-

  • Navbar: Anda boleh memilih warna yang sesuai untuk 'Navbar' anda.
    Header: Anda boleh meminda nama kepada setiap 'element', tambah atau pinda 'header' blog anda yang mengandungi tajuk dan deskripsi bagi blog anda.
    Blog posts: Pilihan berapa jumlah pos yang hendak dipaparkan dalam satu blog, samada jumlah pos mengikut jumlah hari ataupun mengikut bilangan pos untuk dipaparkan dalam muka induk blog anda. Anda boleh memilih pautan pos email untuk menunjukkan kepada pengunjung dan pembaca blog anda sebagai kemudahan bagi mereka untuk menghantar pos yang anda tulis kepada rakan lain menggunakan email.
  • Profile: Edit atau tambah tajuk profil anda, perbetulkan deskripsi profil dan mengubah lokasi 'element' profil ini.
  • Blog archive: Edit atau ubah tajuk arkib, pilih bentuk paparan samada hiraki, senarai susunan dan 'dropdown', susunan pos mengikut tarikh ianya ditulis, kekerapan arkib samada bulanan, mingguan atau harian dan format bentuk tarikh pos.
Bagaimana Menambah 'Page Element'

Anda boleh menambah beberapa 'page element' kepada muka pos anda, pada side bar dengan memilih dan klik 'Add a Page Element'. Pilihan ini akan membuka tetingkap yang berisi beberapa pilihan untuk 'page element' yang diperlukan. Pilih mana satu pilihan yang dikehendaki dan klik "Add to Blog' di bawahnya:-



  • List: Tambah lis yang diberi taju, pilih berapa item yang hendak disenarai dalam lis, susun lis mengikut susunan abjad atau tambah pautan pada lis untuk element anda.
  • Link List: Tambah senarai pautan dalam blog anda yang boleh diberi tajuk senarai, pilih berapa item yang perlu dipapar di bawah lis pautan, dan susun senarai mengikut abjad.
  • Labels: Tambah senarai semua label yang anda guna dalam pos anda, klik setiap pautan untuk melihat muka yang memaparkan semua pos-pos di bawah label berkenaan. Ubah tajuk senarai label, susun mengikut abjad atau kekerapan penggunaan.
  • Picture: Tambah gambar-gambar dari dalam komputer anda atau dari mana-mana laman web. Gambar boleh diberi tajuk dan boleh dikecilkan saiznya untuk disesuaikan dalam blog.
  • Text: Tambah tek dalam blog anda misalnya mesej selamat datang atau nota kaki, boleh juga guna Blogger 'rich text editor'.
  • HTML/JavaScript: Guna pihak ketiga punya kod skrip dalam blog anda.
  • Feed: Tambah artikel dari lain 'site feed', masukkan alamat URL 'feed' dan klik 'Continue'. Boleh diberi tajuk dan pilih berapa item yang perlu ditunjuk (sehingga 5 item), logo, tarikh atau pengarang item artikel dengan menandakan petak bersangkutan.
  • Logo: Boleh meletak logo Blogger dalam blog anda.





Sekiranya anda dapati tulisan ini berguna dan boleh membantu sila buat pautan (link) dari blog anda kepada blog ini. Alamat URL ialah: http://panduanpemblog.blogspot.com/

2 comments:

Perunding Pinjaman Anda said... [Balas komen ini]

sy baru je buka akaun blogspot dan da tulis beberapa post.Camne nak elakkan post yg pertama tu tertolak kebawah bila post baru dibuat ?

tq

Admin said... [Balas komen ini]

ubah date post tu jadikan date yang terbaru sekali. Masa buat post tu klik belah bawah post editor tu ada pilihan "Post Option", ada ruang tarikh post sebelah kanan boleh pinda:

format tarikh ikut format US - BB/HH/TT

Post a Comment