Klik butang "link" atau gunakan 'control+shift+a' pada papan kekunci anda:
Butang 'link' yang diklik akan membuka tingkap seperti berikut menunggu alamat URL pautan dimasukkan. Taip alamat URL pautan dalam kotak teks, jangan lupa ditaip sekali dengan "http://" :
Sekiranya butang "link" tidak ada atau tidak boleh digunakan, sila taip sendiri alamat pautan seperti berikut:
Teks pautan
Sinario contoh pautan:
Katalah anda perlu memberi tahu pengunjung atau pembaca blog anda, bahawa anda telah menemui satu laman web yang sangat menarik untuk dikunjungi beralamat di http://www.lamanwebmenarik.com/. Apa yang anda harus taip sebagai contoh: Dijemput semua mengunjungi laman berikut kerana ianya didapati sangat berguna dan sangat menarik.
Dalam contoh di atas perkataan "laman" bila diklik oleh pengunjung akan membawa pengunjung kepada laman web href="http://www.lamanwebmenarik.com/". Itu sahaja, perkataan "laman" ini akan dipaparkan dalam blog anda dengan warna biru dan bergaris bawah. Tag "a href" tersebut hendaklah dibuka dan ditutup dengan kurungan < >, dengan kurungan ini anda sebenarnya memberitahu komputer bahawa yang ditaip sebenarnya adalah kod HTML bukan perkataan biasa.
Alamat laman web yang menjadi pautan mesti dibuka dan ditutup dengan kurungan " " dan mesti dimulai dengan http://, jika tidak pautan yang dibuat tidak boleh digunakan.
Tag itu memberi tahu komputer anda bahawa sebarang teks yang ditaip selepas daripada tag  adalah teks biasa tidak lagi ada kena mengena dengan pautan. Sekiranya anda terlupa meletak tag  menyebabkan komputer anda menganggap seluruh teks yang ditaip selepas itu sebagai teks pautan dipaparkan berwarna biru dan bergaris bawah dalam blog anda.
Nota:
Butang "Hyperlink" ini hanya terdapat sekiranya anda menggunakan browser Internet Explorer versi 5.5 untuk Windows dan yang terkemudian, browser Mozila 1.3 dan yang terkemudian (Camino / Firebird / dll).
Sekiranya anda menggunakan browser untuk Windows, kekunci pintas (shortcut) yang digunakan adalah "ctrl+shift+a".
0 comments:
Post a Comment