Sila ikut panduan terbaru read more di Fungsi Baca Seterusnya (Read More) Baru Blogger.
Kita akan gunakan 'tag' tambahan kepada mana-mana pos yang dibuat sebagai penanda bahagian mana dalam satu-satu pos yang perlu disembunyikan dari penglihatan pembaca.
Dengan teknik ini anda boleh memilih satu perenggan dari mana-mana perenggan dalam pos panjang yang dibuat, tunjukkan perenggan ini kepada pembaca blog anda sebagai satu daya tarikan untuk membaca seterusnya. Pembaca yang berminat untuk membaca teks penuh pos hanya perlu klik pada satu pautan (link) yang kita sediakan. Anda hendaklah terlebih dahulu membenarkan (enable) 'Post Pages' untuk melaksanakan teknik ini.
Ada tiga kaedah diperlukan untuk melaksanakan teknik ini. "Conditional CSS", pautan (link) "baca seterusnya", dan sedikit pindaan kepada mana-mana satu pos yang teknik ini ingin diguna.
"Conditional CSS"
Kita gunakan "conditional tags" untuk mengubah rupa paparan pos pada setiap helaian blog yang berlainan. Tambah kod di bawah ini kepada "style sheet" template anda bergantung kepada template jenis apa yang anda gunakan.
(untuk yang guna 'classic templates')
<MainOrArchivePage>
span.fullpost {display:none;}
</MainOrArchivePage>
<ItemPage>
span.fullpost {display:inline;}
</ItemPage>
(untuk yang guna layouts)
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
span.fullpost {display:inline;}
<b:else/>
span.fullpost {display:none;}
</b:if>
Apa yang kita buat di sini adalah untuk menyatakan penentuan 'class' yang dipanggil 'fullpost' yang akan hanya dipaparkan pada helaian blog yang kita poskan sebarang artikel. Sebahagian dari setiap pos yang kita buat akan menggunakan 'class' ini. Kita akan jelaskan kemudian.
Pautan "Baca Seterusnya"
Tambahkan kod yang di bawah ini kedalam template anda, di bahagian selepas daripada
tag '<$BlogItemBody$>' atau '<data:post.body/>' tag:-
(yang guna classic templates)
<MainOrArchivePage>
<a href="<$BlogItemPermalinkURL$>">Read more!
</MainOrArchivePage>
(yang guna layouts)
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
Read more!
</b:if>
Pautan ini akan hanya dipapar pada bahagian 'Main Page' dan 'archive pages', seterusnya bila diklik pembaca akan dihantar kepada muka yang menganduni teks penuh pos anda. Anda boleh tukar perkataan "baca seterusnya" dengan perkatan lain yang anda fikir lebih sesuai.
Pindaan Terhadap Pos
Sebagai tindakan penyudah kita kena meletak secebis lagi kod pada pos yang anda perbuat. Setiap pos yang anda akan buat kod ini mesti dimasukkan:-
Kod ini sebenarnya boleh dimasukkan kedalam template pos sekiranya tidak ingin menaipnya setiap kali membuat pos. Masukkan teks penerangan seperti di bawah di bahagian luar 'span tags' dan selebihnya dibahagian dalam:-
Ini adalah permulaan kepada pos ini. Dan disini adalah cerita selanjutnya.
Sekarang sekiranya pembaca datang melawat blog anda, pos ini kelihatan seperti berikut:-
Ini adalah permulaan kepada pos ini.
Baca seterusnya!
Selepas pembaca klik pada pautan dia akan terus dibawa kepada teks penuh pos berkenaan.
Ini adalah permulaan kepada pos ini. Dan disini adalah cerita selanjutnya.
Nota:
Oleh kerana kita melakukan pindaan kepada template, adalah dinasihatkan supaya kita menyimpan dahulu sebagai 'backup' semua kod asal template yang berkenaan. Highlight dan copy kesemua kod template itu terlebih dahulu dan simpan dalam cakera keras anda untuk langkah keselamatan. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan kita dengan mudah boleh kembali kepada kod template yang asal.
Satu lagi cara untuk teknik ini adalah dengan memaparkan atau menyembunyikan terus keseluruhan pos dalam laman blog anda. Kedua dua teknik ada kebaikkan dan keburukkan masing-masing, terserah kepada anda untuk memilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment