Jan 5, 2010

Bagaimana Menyediakan Label Untuk Pos

Jika blog mempunyai bilangan pos yang banyak dan isi kandungan pos boleh dikategorikan di bawah beberap kategori, adalah lebih mudah menggunakan fungsi Label untuk mengkategori pos mengikut kriteria tertentu.

Sebagai contoh semua pos-pos yang bersangkut paut dengan pos blog boleh dikategorikan di bawah label "Pos" atau semua pos-pos yang berkenaan dengan pengolahan gambar dalam pos boleh dikategorikan di bawah label "Image" misalnya.

Widget Label boleh ditunjukkan dalam sidebar blog. Bolgger akan menunjukkan berapa bilangan pos yang terdapat dalam satu-satu Label. Ini akan memudahkan pengunjung mencari maklumat mengikut kategori dengan lebih mudah dan cepat. Blogger akan memaparkan kesemua pos-pos di bawah satu ketegori label apabila Label berkenaan diklik.

Cara menyediakan Label.



Log masuk ke dalam papan pemuka Blogger melalui Blogger in Draft.

Label boleh dimasukkan samada kita sedang membuat pos baru atau kita sedang menyunting pos-pos yang lama. Taip masukkan nama Label yang berkenaan dengan pos yang dibuat dalam ruangan Labels yang disediakan:


PUBLISH POST selepas label dimasukkan. Labelkan semua pos mengikut kategori yang sesuai.

Cara paparkan Label dalam sidebar.

Pilih Design dalam papan pemuka Blogger dan pilih Page Elements:



Pilih salah satu Add a Gadget bahagian mana Label akan dipaparkan:


Dalam tetingkap Add a Gadget skrol ke bawah pilih Label:


Dalam tetingkat Configure Labels pilih maklumat berkenaan:


Contoh Label dalam format List dipaparkan dalam sidebar:



Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

2 comments:

Dr Zatiel Ismail said... [Balas komen ini]

hi. mcm mana nak letak label dalam page baru? yg boleh direct link.

Zul fattah said... [Balas komen ini]

persoalan yg sama tdk d jwb

Post a Comment