Kenapa sesetengah blog mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuka? Pengunjung akan lari meninggalkan blog anda kerana terpaksa menunggu dalam kadar masa yang agak lama untuk dibuka. Menjadi tanggungjawab anda untuk mencari punca berlaku kelembapan.
Widget yang berlebihan, gambar-gambar atau grafik yang terlalu banyak dalam blog, kod-kod skrip dari pihak ketiga yang selalu tersangkut untuk dibuka, terlalu banyak slideshow dan banyak lagi punca-punca lain adalah antara beberapa sebab blog mengambil masa yang lama untuk dibuka sepenuhnya.
Anda boleh menggunakan khidmat Pingdom Tools untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan blog terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibuka. Setiap satu punca yang dibuka melalui blog anda akan dicatat kepantasan masanya, dari situ anda boleh mengambil keputusan untuk membuang atau menukar punca mana yang mendatangkan masalah.
Buka laman web Pingdom Tools di sini http://tools.pingdom.com/fpt/.
Taip alamat URL blog anda tanpa "http://" dan tanpa "/" dalam ruangan yang disedikan dan klik Test now:
Skrol sedikit kebawah untuk melihat keputusan ujian:
Geraf jumlah masa yang di ambil untuk membuka satu URL:
Alamat URL laman dan saiz yang dibuka:
Daripada keputusan ujian yang ditunjukkan anda boleh mengambil keputusan untuk tidak menggunakan mana-mana URL yang lambat untuk dibuka.
Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.
Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.
Salam hormat dari
Aug 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
info yang baik..terima kasih kongsi di sini...
terima kasih nice..info
info yang sangat berguna,blog saya agak berat sejak kebelakangan ini,tak tau yang mana satu widget perlu dibuang,lepas dapat info ni baru tau puncanya thanks.
kalo yg url merah tu sbb ape ye?? sye nye ader yg url die merah, tpi load time die x der la lame sgt bbanding yg ag stu tu..url biase, tp load time amat la lame..
Sheeda,
tak pasti untuk apa ada color semua. Tengoklah yang lembap makan masa lama tu buang je la kecuali kalau betul 2 penting. Simpan yang diperlukan sahaja.
besh2! dapt tgk loading blog kita samda laju atau lambat.. thnx!
Post a Comment