Mar 5, 2011

Bagaimana Mencipta HopLink dari ClickBank

Panduan bagaimana mendapatkan atau mencipta pautan Hoplink dari Clikbank.

Clickbank adalah satu affiliate program yang popular dari Amerika. Kita dari Malaysia juga diterima menjadi ahli secara percuma. Kita letak banner pautan URL atau hoplink dalam blog kita untuk mencapi mana-mana laman produk jualan clickbank punya associate yang kita pilih sendiri. Maksudnya kita menyalurkan pengunjung dari blog kita kepada laman produk berkaitan melalui pautan hoplink yang dibuat. Jika ada diantara pengunjung yang dihantar membuat sebaran pembelian pihak clickbank akan membayar kita komisyen yang ditetapkan.

Sign up atau kalau sudah menjadi ahli log masuk laman clickbank di sini.

Setelah log masuk dalam clickbank klik Marketplace dalam menu di bahagian atas kanan:

Berikutnya clickbank akan membuka muka Marketplace dan menunjukkan senarai kategori produk. Pilih satu kategori produk yang disukai dalam bahagian Categories di sebelah kiri. Sebagai contoh kita pilih satu kategori bagi produk Software & Services:

Selepas klik kategori Software & Services berikutnya clickbank akan membuka muka senarai laman associate yang menjual produk Software & Services. Sepuluh (10) laman ditunjukkan dalam satu muka, di bawahnya terdapat senarai nombor muka surat untuk beralih ke muka yang lain. Kita boleh pilih mana-mana satu produk untuk mendapatkan Hoplinknya. Sebagai contoh kita pilih satu produk Forex Robot di bawah kategori Software & Services:

Produk yang dipilih iaitu Real Money doubling Forex Robot Fap Turbo - sells like candy!. Untuk menyediakan pautan Hoplink produk klik pada butang Promote bagi produk ini:

Lepas klik Promote clickbank akan membuka tetingkap Promote Products seperti di bawah. Klik butang Create dalam tetingkap ini:

Lepas klik butang Create dalam tetingkap yang sama clickbank akan menyediakan alamat URL Hoplink bagi produk yang dipilih seperti berikut:

Terdapat dua (2) pautan Hoplink yang disediakan. Contoh pautan pertama:

http://7c93f6ek59zin419qcwku7ys7j.hop.clickbank.net/

Contoh pautan Hoplink yang satu lagi:

Click Here!

Untuk promosi dalam blog kita kena gunakan perisian Screen Capture kerana clickbank tidak menyediakan sebarang banner melalui pilihn Hoplink ini. Mula-mula muat turun dan install software screen capture percuma Picpick di http://picpick.wiziple.net/download. Pelajari cara menggunakannya.

Kemudian buka laman produk, klik pada nama Real Money doubling Forex Robot Fap Turbo - sells like candy!:

Bila laman produk telah dibuka, cari tulisan yang sesuai dalam laman berkenaan untuk tujuan promosi dalam blog sendiri. Gunakan screen capture Picpick untuk mendapatkan imej promosi. Sebagai contoh, dalam laman produk kita pilih perkatan berikut untuk jadikan promosi:

Gunakan screen capture Picpick untuk menyediakan perkataan promosi di atas dan simpan imej ini dalam komputer sendiri. Lepas itu upload imej di atas kedalam pos blog menggunakan image upload blogger yang biasa seperti di atas. Gunakan pilihan Edit HTML mode:

Kod yang diberi oleh blogger seperti berikut:

Imej yang diupload:

Gantikan pautan hyperlink warna biru dalam kod di atas dengan alamat URL pautan Hoplink dari clickbank yang diperolehi sebelum ini (http://7c93f6ek59zin419qcwku7ys7j.hop.clickbank.net/) jadi seperti berikut. Tambah kod target="_blank" supaya laman yang diklik akan dibuka dalam window yang lain. Delete buang clear:left; float:left; dalam kod di atas. Kod ini akan jadi sebagai promosi iklan samada dalam pos atau dalam header atau footer blog sendiri:

Dengan Hoplink yang betul dan telah dimasukkan dengan sempurna, imej akan jadi promosi dalam blog kita. Bila imej diklik, laman produk akan dibuka dan jika ada sebarang pembelian dari pengunjung Clickbank akan membayar kita dengan komisyen yang telah ditetapkan:

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

2 comments:

aliza said... [Balas komen ini]

berjaya dik.. akak suka mencuba, tutorial adik mmg banyak membantu pd akak yg 0 tttg komputer nieh

Bin Patera said... [Balas komen ini]

terbaik, anda memang hebat. terima kasih banyak

Post a Comment