Jun 26, 2008

Hapus 'Cache' Dan 'Cookies'

Kebanyakan pelayar internet (browser) menyimpan maklumat laman web yang telah kita layari. Dengan menghapuskan 'cache' dan 'cookies' boleh membantu menyelesaikan beberapa masalah semasa menggunakan Blogger atau laman lain dalam web. Cara untuk menghapus 'cache' dan 'cookies' adalah berbeza mengikut browser yang digunakan.

Untuk tujuan penghapusan ini sila ikut peraturan berikut:-

Pelayar MS Internet Explorer:

  1. Klik Tool di bahagian atas tetingkap pelayar anda.
  2. Daripada "menu' pilih 'Internet Options'.
  3. Kemudian pilih dan klik 'General tab'.
  4. Cuba cari 'Browsing history' dan klik 'Delete'
  5. Melalui pilihan dalam seksyen 'Temporary Internet Files', klik 'Delete files' dan sekiranya ada tetingkap yang muncul keluar sila klik "yes'.
  6. Dalam seksyen 'Cookies' klik 'Delete Cookies'. Sekiranya ada tetingkap yang muncul keluar terus klik 'yes'
Pelayar Mozilla Firefox:

  1. Klik 'Tools' di bahagian atas tetingkap pelayar anda.
  2. Klik 'Options'.
  3. Dalam seksyen 'Private Data Section' klik butang 'Setting'.
  4. Tentukan petak 'Cache and Cookies' diklik untuk ditandakan.
  5. Klik OK.

Pelayar Safari:

  1. Klik 'Safari' di bahagian atas sebelah kiri skrin anda.
  2. Pilih 'Reset Safari' dari dalam 'Menu'.
  3. Kotak dialog akan muncul keluar, klik 'Reset'.
  4. Klik 'Safari' sekali lagi.
  5. Dari dalam 'Menu' pilih 'Empty Cache'.
  6. Kotak dialog akan muncul keluar, klik "Empty'

0 comments:

Post a Comment