Klik ikon 'filem strip' dalam 'toolbar' bahagian 'post editor' (gambar di atas).
Dalam tetingkap (gambar di aatas) yang muncuk keluar, klik "Browse" untuk mencari lokasi di mana fail video anda disimpan.
Masukkan tajuk video anda dalam petak 'Video Title'.
Kemudian tandakan petak 'I agree to the Upload Terms and Conditions'.
Dan klik "UPLOAD VIDEO"
Blogger akan terus melakukan proses muat turun. Sila lihat perjalanan proses muat turun ini di bahagian bawah 'post edtor' anda seperti berikut.
Setelah selesai muat turun blogger akan memaparkan video di bahagian akhir (bawah) pos anda dan melakukan satu lagi proses (Processing Video). Anda boleh klik "SAVE NOW" semasa dalam proses ini dan kembali semula setelah proses ini tamat.
Uploading Video (62M of 68M)Cancel
You can continue to edit your post during upload, but can't close this window or publish until it's finished.
Setelah selesai muat turun blogger akan memaparkan video di bahagian akhir (bawah) pos anda dan melakukan satu lagi proses (Processing Video). Anda boleh klik "SAVE NOW" semasa dalam proses ini dan kembali semula setelah proses ini tamat.
Fail video yang dimuat naik dari komputer anda akan di host kan di Google Video.
Video ini akan disimpan di situ sebagai video persendirian dan tidak akan dimasukkan kedalam senarai 'Google Video Search'.
Muat naik video dari komputer anda mungkin mengambil masa lebih kurang dalam lima minit, bergantung kepada saiz fail video dan kelajuan talian internet anda. Blogger akan menunjukkan status proses muat naik ini di bahagian bawah 'post editor' anda.
Untuk masukkan 'video youtube' dan 'video google' akan dibincangkan dalam bahagian lain.
Sekiranya anda dapati panduan ini berguna dan boleh membantu sila masukkan pautan kepada blog ini dari blog anda. Alamat URL adalah - http://panduanpemblog.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment