Jun 25, 2008

Tambah 'Add Element Page" Pada 'Heade'r Dan 'Body Post'

*** SILA LIHAT VERSI BARU ADD A GADGET DI BAWAH SEKALI***



Kalau anda lihat di bawah pilihan 'Layout' -> 'Page Elements' anda akan dapati pilihan 'Add a Page Element' pada bahagian 'side bar' sebelah kanan atau 'side bar' sebelah kiri dan juga pada bahagian 'footer' template blog anda - bergantung kepada jenis template yang anda gunakan (lihat gambar di atas). Bila anda klik pada 'Add a Ppage Eelement' satu tetingkap yang dinamakan 'Choose a New Page Element' akan muncul keluar dengan beberapa pilihan di dalamnya - sila lihat artikel 'Add a Page Element' untuk bincang pilihan ini secara terperinci.

Dalam blogger baru Add a Page Element telah digantikan dengan Add a Gadget seperti berikut:-


Artikel kali ini kita bincang bagaiman untuk menambah pilihan 'Add a Page Element' ini di bahagian 'Header' dan di bahagian atas 'Body Post' template anda. Dengan sedikit modifikasi dalam kod HTML template blog kita, kita boleh menambah dua lagi 'Add a Page Element' ini di bahagaian atas dan bawah 'Header' dan satu lagi di bahagain atas 'Body Post'.



Sila pilih 'Layout' -> 'Edit HTML' seperti di atas. Tetingkap 'Edit Template' seperti di bawah akan dibuka. Oleh kerana kita akan membuat beberap pindaan kepada kod HTML di sini anda dinasihatkan supaya membuat 'backup' terlebih dahulu template yang sedia ada. Klik 'Download Full Template' untuk menyimpan sesalinan kod HTML ini sebagai backup copy, ingatkan nama dan dimana lokasi directory fail backup ini akan disimpan. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan yang tidak dikehendaki, fail backup ini dengan mudah boleh digunakan semula.



Kemudian klik tandakan petak 'Expand Widget Template' untuk melihat kod HTML yang lebih menyeluruh. Untuk menambah 'Add a Page Element' sila telusur ke bawah kod HTML anda sehingga anda berjumpa dengan bari kod yang tertulis seperti di bawah:-

<div id="header-wrapper">
b:section class="header" id="header" maxwidgets="1" showaddelement="no">

Pinda tulisan yang berwarna merah kepada yang di bawah ini:-

<div id='header-wrapper'>
<b:section class='header' id='header' maxwidgets='3' showaddelement='yes'>

Dengan pindaan di atas anda akan meletak dua lagi tambahan "Add a Page Element" di atas dan di bawah tajuk 'Header' blog anda. Bilangan pada 'maxwidgets=' boleh ditambah sekirangnya anda memerlukan ianya ditambah lebih dari dua.

Kemudian telusur kebawah lagi dalm kod HTML template anda dan cari bari kod yang tertulis seperti berikut:-

<div id='content-wrapper'> <div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'&g;
<b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='no'>
</div>

Pinda 'no' menjadi 'yes' seperti di bawah:-

<div id='content-wrapper'><div id='crosscol-wrapper' style='text-align:center'>
<b:section class='crosscol' id='crosscol' showaddelement='yes'/>
</div>

Kemudian satu lagi kebawah dari baris kod di atas cari baris kod yang ini pula:

<div id='main-wrapper'>
<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>

Pinda nilai yang bertulis merah 'no' kepada 'yes' seperti di bawah:

<div id='main-wrapper'>
<b:section class='main' id='main' showaddelement='yes'>

Dalam blogger baru pada masa ini kod yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

<div id='main-wrapper'>
<b:section class='main' id='main' prefered='yes'>

Sekiranya tag prefered='no' pinda supaya jadi prefered='yes'.

Hasil yang akan diperolehi adalah seperti di bawah ("Add a Gadget" dalam template blogger baru):-



Selamat mencuba....




Sekiranya anda dapati tulisan ini berguna dan boleh membantu sila buat pautan (link) dari blog anda kepada blog ini. Alamat URL ialah: http://panduanpemblog.blogspot.com/

2 comments:

Uncle said... [Balas komen ini]

Thanks Bro, very useful

Unknown said... [Balas komen ini]

Topik yang dijelaskan sangat berguna kepada saya baru nak memulakan blog. Terima kasih kerana sudi berkongsi info.

Post a Comment