Langkah Pertama. Buka dan masuk ke laman Blogger di https://www.blogger.com/start. Klik CREATE A BLOG:
Langkah Kedua. Selepas klik CREATE A BLOG dalam muka Create a Google Account taip isi atau pilih maklumat yang diperlukan seperti berikut. Klik CONTINUE setelah semua maklumat dipenuhkan:
Email Address (must already exist): | Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar |
Retype Email Address: | Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas. |
Enter a Password: | Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger. |
Retype Password: | Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan. |
Dispaly Name: | Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti. |
Word Verification: | Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul. |
Langkah Ketiga. Name your blog. Taip masukkan Tajuk Blog dalam ruangan Blog Title. Taip alamat URL blog dalam ruangan Blog address (URL). Selepas taip alamat URL blog klik Check Availability untuk tentukan alamat URL yang ditaip boleh digunakan. Jika tidak dibenarkan tukar alamat URL yang lain. Kemudian klik CONTINUE:
Langkah Keempat. Dalam muka Choose a template pilih satu template dari 12 yang disediakan dengan menandakan butang radio pada template.
Nama-nama 12 template yang disedikan
- Minima
- Minima Black
- Dots
- Son of Moto
- No.897
- Scribe
- TicTac
- Thisaway Rose
- Snapshot
- Rounders 3
- Dots Dark
- Sand Dollar
Langkah Kelima. Blog telah berjaya disediakan. klik START BLOGGING untuk menaip pos yang pertama:
Langkah Keenam. Blogger akan membuka muka Post Editor di mana ruangan ini adalah ruangan untuk menaip pos blog yang pertama. Sila ikut panduan Membuat Pos Baru dan lain-lain panduan yang disedikan untuk kemudahan anda.
Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.
Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.
Salam hormat dari
15 comments:
Best la lu bro. Baru la aku tau banyak lagi yang aku perlu tau dari blog Panduan Untuk Blogger. Terus kan ..
Betul tu, terlalu banyak perkara yang kita belum tau... belajar tak kunjung habis... hehehe
teruskan berblog..
Salam, Nak tanya beberapa soalan. Harap sudi menjawab.
1- Macam mana nak backup blog?
2- Kenapa perlu elakkan guna calender pada side bar?
3- Ape maksud gunakan tags? (101 tips utk blog no.28)
4- Sebelum ni saya ada publish massage saya besertakan gambar. Ia berjaya dilakukan. Tapi pada entry yg lain gambar yg saya paste kan tu x kelihatan pada esok hari nya. Saya dah cuba resize kan ke kecik. Tapi still x publish. Kenapa tu?
. backupa blog kita buat cara manual, kita tak boleh access blogger punya server. Simpan semua pos2 penting, widget2 punya kod, HTML code, dll dalam hard disk sendiri.
2. Calender pada side bar tak pasti, mungkin ada hidden code dalm script dia langgar blogger punya TOS, atau mungkin lain sebab. Calender pun hanya untuk mencatikkan blog sahaja, space tu kita boleh guna untuk lain yang lebih mustahak.
3. Tags untuk mudah kita cari satu2 topik dalam pos2 yang terlalu banyak.
4. Tak pasti kenapa tak publish. Selalunya kesilapan macam ni pada blogger sendiri. Nanti kita cuba cari dalam google group kalau ada bincang masalah ni.
masih ada lagi soalan.saya x tau cemana nak solve kn problem nak paste gambar saya tu.saya ada 2 cara.
1)saya kena buat blog lagi satu iaitu blog sesi bergambar.saya dah buat.tapi macam x best je.dan saya risau akhir nya problem yg sama gak yg timbul.
2)pakai picasa.kat situ dia kata boleh share online dengan web album.saya dah cuba tapi x menjadi.mungkin ada benda yg saya x ikut rules.
jadi boleh x terang kan untuk cara no. 2 saya tu.
Dari dalam Picasa, kalau nak embed satu album pilih "Paste HTML to embed in website" masukkan script tu dalam body post.
kalau untuk satu image klik image tu kemudian pilih "embed image" copy script dia masukkan dalam widget
timakasih bebanyak..saya akan praktik kan. tapi skang ntah cemana suma gambar yang saya attach kan dah boleh privew. betul la kata awak. mungkin salah blogger sindri. cuba2 la jenguk blog saya kalau ada masa.
lepas ni bleh x ajar tutorial nak buat header buatan sindri?
test 1... 2... 3...
ruangan comment ni tak berfungsi hari tu, tengah test di mana silapnya
hi calipso
sy follower baru sangat kat sini.Sy bermasalah nak baca blog tuan ni sebab bila buka cuma ruang belah kiri aje yg boleh baca, ruang belah kanan jadi kosong..lambat nak loading ke? sy tunggu lamaaaa..kekadang dia muncul..kekadang tak muncul2.. cemana sy nak belajar ilmu blogging yang tinggi mutunya ini?? Tolong lah...pleaseee.. apa nak buat nih???
PPIK Rompin,
cuba cek awak punya screen resolution dalam window jadikan 1024 x 768 pixels.
Saya dah uji blog ni dengan pelayar internet Firefosx 3 dan Internet Explorer 7 tak ada masalah, dia boleh buka.
Lambat nak buka ada banyak punca, mungkin connection slow, mungkin server link dalam blog saya ni slow, mungkin sebab2 lain.
Kalau masih gagal email saya melalui nama Calipso dalam shoutbox, nanti saya hantar email tajuk2 yang diperlukan... cuba lagi masalah teknikal saja ni rasanya...
Terima kasih kerana melayan pertanyaan saya di atas. Saya tak dapat tulis dlm shoutbox kerana ruangan di sebelah kosong. Maybe sbb sy guna broadband..tu pasal lambat.FYI, sy guna IE7. Saya dah try buat spt yg tuan suruh utk sembunyikan sebahagian perenggan tetapi mendapat mesej spt di bawah.Adakah kerana sy terlebih menekan Enter?
We were unable to save your template
Please correct the error below, and submit your template again.
Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure all XML elements are closed properly.
XML error message: The content of elements must consist of well-formed character data or markup.
mastura.kamarulzaman@yahoo.com
PPIK
error macam tu tandanya ada silapa masukkan kod HTML untuk expandable post tu.
semak balik pelan-pelan satu lepas satu.
email saya alamat blog tu nanti saya chek tengok di mana silapnya.
ibnunurdin at yahoo dot com...
kod "Dengar Quran Online" dalam sidebar tu...

Dengar Quran Online"

Boleh susun dalam satu baris semua kod tu...
Color:
#006400 = Dark Green
#483D8B = Slate Blue
#FF0000 = Red
#FFFF00 = Yellow
#FFFFFF = White
#FFC0CB = Pink

Dengar Quran Online"

Post a Comment