Jun 21, 2008

Sembunyikan Sebahagian Pos Yang Panjang (Blogger Layout Baru)

Sila ikut panduan terbaru read more di Fungsi Baca Seterusnya (Read More) Baru Blogger.

Sekiranya anda menulis pos-pos yang panjang dalam blog dan memaparkan semua (katalah tujuh bilangan pos)dalam blog anda boleh jadi tidak berapa menyenangkan pengunjung untuk melihat dan membaca lain-lain pos di bahagian bawah. Untuk itu kita sediakan satu teknik di mana kita hanya pamirkan sebahagian satu atau dua perenggan sahaja dari pos tersebut dalam blog kita dan kita sertakan perkataan "baca seterusnya..." di sebelah bahagian bawah perenggan ini untuk diklik oleh pengunjung yang ingin membaca keseluruhan pos. Satu atau dua perenggan yang dipamirkan ini juga boleh menjadi sebagai satu daya penarik untuk pengunjung membaca keseluruhan tulisan dalam pos berkenaan. Dengan cara ini anda boleh paparkan bilangan pos-pos yang banyak dalam satu muka induk blog dan pengunjung boleh memilih mana satu untuk dibaca seterusnya.

Caranya begini:-

Langkah satu: Log masuk dalam 'dashboard' anda dan klik 'layout'. Kemudian pilih 'Edit HTML' di bawah 'Layout' untuk membuka 'edit template' bertujuan membuka dan mengedit kod HTML. Jangan lupakan tandakan kotak 'Expand Widget Templates' untuk melihat semua kod yang digunakan.

Langkah dua: Dalam kod template anda sila cari kod yang bertulis "
".  Lihat contoh kod di bawah - kod warna biru adalah kod yang terdapat dalam kod template anda sebelum di buat tambahan.  Highlight dan copy kod yang berwarna merah di bawah ini dan masukkan ditempatnya seperti yang ditunjukkan - berhati-hati supaya tidak melakukan apa-apa kesilapan dan apa-apa perubahan.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

<data:post.body/>

Baca Seterusnya......
</b:if>

Anda boleh tukar perkataan 'baca seterusnya....' itu dengan perkataan lain yang anda fikirkan lebih sesuai. Klik "SAVE TEMPLATE" setelah selesai kod di atas dimasukkan. Jangan buat sebarang kesilapan di sini.

Langkah tiga:  Klik 'Settings' dan klik 'Formatting' - list formatting akan dibuka dan terus skrol sampai ke bahagian bawah iaitu bahagain kotak 'Post Template' yang disediakan. Kemudian copy tulisan dan kod di bawah ini dan pastekan ke dalam kotak 'Post Template' ini dan seterusnya klik "Save Settings".

Taip perenggan yang hendak dipamirkan di sini

Taip bahagian pos selebihnya di sini

Selepas ini setiap kali anda ingin membuat pos yang baru anda akan lihat tulisan di atas dalam post template anda. Taip berapa bilangan perenggan yang hendak dipamirkan di atas bahagian "span class='fullpost" ini dan bahagian lain yang tidak dipamirkan taip di bahagian bawahnya.

Mohon maaf panduan bergambar tidak sempat disediakan kerana kesuntukan masa, akan diusahkan kemudian. Saya kira tidak begitu sukar untuk mengikuti panduan ini asal tidak melakukan sebarang kesilapan pada kod berkenaan.

Terima kasih.

Sekira anda dapati panduan ini berguna dan boleh membantu sila masukkan pautan blog ini dalam blog anda. Alamat URL "http://panduanpemblog.blogspot.com/".

11 comments:

begerbira said... [Balas komen ini]

kupia...
x jumpa la kod cam kat atas tuh...
Saya amik dan tukar template, bukan dari yang sedia ada...
dah cuba cari tapi x de gak...tolong kupia yek

Calipso said... [Balas komen ini]

Cari balik semula pelan2, kod dia dalam tu cam ni:-

copy kod baris merah kat atas tu masukkan sini...

yang lian ikut panduan atas..

has said... [Balas komen ini]

mcmane klu template yg sy gunakan sudah tersedia spt diatas tapi masih xleh guna

Calipso said... [Balas komen ini]

has,
kat bawah pos dia ada keluar "baca seterusnya..." tak?

kalau boleh copy div tu email kat saya boleh saya cek dulu...

ibnunurdin at yahoo dot com...

Calipso said... [Balas komen ini]

has cuba copy code tu email kat saya nak cek dulu...

uji dulu.. lepas perenggan pertama atau kedua dalam pos tu taip

kemudia bawah sekali dalam pos tu taip

tengok jadi ke tak jadi;
(chek template pos dulu bawah setting >> formatting masukkan dulu dalam kotak tu )

Romli Daud said... [Balas komen ini]

kat templat tu tulis cam ni ke..?
2 (merujuk pada 2 perengan)
span class="fullpost"
5 (merujuk pd perengan seterusnya)
/span>

Calipso said... [Balas komen ini]

Ya Romli betul tu.

tu maknanya 2 perenggan display, 5 perenggan sembunyi.

Bila orang klik "baca seterusnya" blogger akan buka semua ke 7 perenggan tu...

Saya said... [Balas komen ini]

Salam Calipso,
Mcmne dgn pos artikel yang lama...kalo kita buat ni, pos yang lama otomatik tersembunyi jgk ke?

Calipso said... [Balas komen ini]

pos lama dia tak sembunyikan apa-apa kalau tak letak tu .

Tapi dekat bawah sekali dalam pos tu tulisan "baca seterusnya" akan dipaparkan...

Saya said... [Balas komen ini]

jadi kalo kita nak sembunyikan sebahagian pos lama kena la taip semula la ye..

Calipso said... [Balas komen ini]

Tak perlu taip semula...
katalah awak nak tunjukkan 2 perenggan dan sembunyikan perenggan2 yang lain dalam pos lama tu:

bawah perenggan kedua tu taip macam ni:

kemudian di bawah sekali (akhir pos) dalam pos tu tu taip:

Post a Comment