May 31, 2010

Apa Alamat URL Pos (Permalink)

Setiap satu pos yang dibuat dalam blog mempunyai alamat URL tersendiri, dalam Blogger dipanggil Permalink.

Bagaimana cara mendapatkan alamat URL pos? log masuk dalam Blogger melalui Blogger in Draft.

Dalam papan pemuka Blogger pilih Edit Posts:


Blogger akan buka muka Posting pilih Edit Posts dengan senarai semua pos di bawahnya. Klik View pada pos berkenaan untuk mendapatkan alamat URL pos:





Selepas klik View Blogger akan membuka pos berkenaan. Dalam muka pos yang dibuka di sebelah atas pelayar internet (browser) yang digunakan dalam bahagian Address Bar ditunjukkan alamat URL pos, seperti berikut. Highlight dan salin alamat dalam Address Bar ini untuk dijadikan pautan:




Contoh alamat URL pos atau permalink seperti berikut:

http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/2010/05/gambar-di-sebelah-perenggan-dalam-pos.html

Kalau buat pos-pos untuk menu, samada tab menu di bahagian atas blog atau vertical menu dalam sidebar blog, kebelakangkan tarikh pos ini supaya dia tidak keluar dalam muka utama blog.

Pos yang paling terkini yang duduk di atas sekali dalam senarai pos di atas akan keluar dalam muka utama blog. Sekiranya blog diset untuk keluarkan 7 pos dalam satu muka bermakna 7 pos teratas dalam senarai pos di atas yang dikeluarkan dalam muka utama blog.

Tukar tarikh pos:



Sekian harap maklum.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Salam hormat dari

1 comments:

Jefry said... [Balas komen ini]

terima kasih, bisa menambah wawasan saya

Post a Comment